Resepi Roti John Yang Sedap Gilerrrr..

Bulan-bulan puasa ni memang kadang-kadang teringin nak makan macam-macam. Otak pun ligat lah dok berfikir nak buat yang mana dulu kan sebab banyak sangat teringin nak buat tapi tak sempat..(alasan sebenarnya..kekeke..) Jadi, terfikir nak buat Roti John gara-gara 'tertengok' kat TV rancangan apa ntah lupa dah..yg budget2 tu kat Hype TV tu..Jadi, mengidamlah nak buat..Sebenarnya dah pernah buat dulu-dulu masa zaman bujang..Jadi, kita try cungkil baliklah skill lama tu..hehehe..

Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Roti John yang sedap gilerrr nih!!!..


BAHAN-BAHAN
Hasilkan 4 Roti John Kecil
  • Roti Hotdog (ada dijual di pasaraya)
  • Daging Cincang / Ayam Cincang (saya guna daging burger je dalam 3 keping)
  • 1 sudu rempah kari daging
  • 1 ulas bawang besar (rajin cincang kalau nak rasa bawang dia..saya blend je)
  • 2 ulas bawang putih (cincang atau diblend)
  • Telur 3 biji
CARA-CARANYA
  1. Masukkan sedikit minyak cukup untuk tumis bawang tersebut. Jangan letak banyak sangat tau nanti berminyak plak sebab daging tu akan mengeluarkan minyak ckit.
  2. Masukkan rempah kari. Tumis hingga naik minyak kemudian bolehlah dimasukkan daging / ayam tadi. Perasakan dengan garam. Masak sehingga kering sedikit.
  3. Pukul telur. Setelah sebati masukkan daging/ayam tadi ke dalam bekas telur tersebut. Kacau-kacau sehingga sebati. 
  4. Potong roti tadi di tengah-tengan. Jangan sampai terputus.
  5. Panaskan kuali yang tak melekat tu dengan sedikit mentega/marjerin. Dah panas tuangkan bancuhan telur td ke atas kuali. kalau muat 2 roti..tuang untuk 2 rotilah..kemudian cepat-cepat ambil roti tadi letak atas telur tersebut..Haaa..step ni pernah tengok kan abang-abang kat pasar malam buat..lebih kurang macam tu lah..hehehe..
  6. Dah masak angkat. Boleh letak sayur kesukaan dalam tu..Saya letak pun..Saya letak mayonis dan sos cili je..Pastu telangkupkan semula roti tersebut..
  7. Taraaaa...dah boleh makan!!!
Cubalah..Sedap!!..boleh buat untuk berbuka nanti..anak saya kata.."Mak sedplah..macam kat kedai lah mak buat..sama"..kih..kih...Habis makan dia kata "ok..dah kenyang..kedai dah tutup" hahaha..nasib kedai dah tutup..kalau order lagi naya gak.. :-D

Selamat Berpuasa!!

Anis (ID Shaklee:906379)
019-3132413

5 Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

Makan kettika hamil memang antara detik-detik yang menggembirakan sebab kita tidak akan rasa bersalah dengan pertambahan kalori. Ada setengahnya mengatakan waktu hamil ni lah perlu makan sepuas-puasnya.

Tetapi, dalam setiap pengambilan pemakanan, ibu hamil perlu menitik beratkan kandungan nutrien yang diperlukan bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.

3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya dalam kandungan ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.

Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan di samping supplemen tambahan.

Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap yang bagus untuk ibu hamil.


TAHUKAH ANDA

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Buah Kiwi merupakan buah yang paling padat kandungan nutrient berbanding buah-buahan yang lain? Satu hidangan 2 buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin C berbanding 2 biji buah oren, lebih banyak potassium daripada sebatang pisang. 

Jika anda perasan entry saya sebelum ni mengenai keperluan potassium adalah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Buah kiwi juga mengandungi kalsium dan juga lebih banyak serat.
 


Antara Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.
Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.

2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit
Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Jadi, anda boleh menjadikan buah kiwi sebagai buah pilihan anda semasa hamil dan juga boleh anda makan ketika anda rasa loya ketika mengandung. Dari itu kita boleh mengurangkan pengambilan asam masin, jeruk dan sebagainya yang tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. 

Antara supplemen asas yang boleh diamalkan semasa mengandung untuk memastikan nutrien mencukupi untuk ibu dan anak dalam kandungan ialah:

 

HUBUNGI:

H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Cara Merawat Penyakit Kayap dengan Pengambilan Supplemen

Pernah tak anda mendengar mengenai penyakit kayap? Pernah tak anda menghidapinya? Kayap ni banyak jenis..ada yang jenis kayap air, kayap ular dan sebagainya. Jika tidak dirawat dengan cepat akan membahayakan kesihatan.

Saya pernah kena kayap ni masa di sekolah menengah..2 kali juga kena masa tu..mula-mula dekat leher. Dah baik jadi kat lidah pula..seksa juga waktu tu..Nak makan pun tak boleh..Yang saya ingat masa tu mak ngan abah bawa berjumpa dengan ustaz untuk ambil air tawar. Saya pun dah lupa daun-daun yang digunakan untuk disapu di bahagian kayap tu. Kalau tak silap salah satunya daun setawar dan bedak sejuk.

Apa sebenarnya Penyakit  KAYAP ni?
Kayap adalah disebabkan oleh jangkitan virus iaitu Virus Varicella Zoster (VZV) pada pusat sistem saraf. Ianya berpunca daripada jangkitan virus secara terus atau melalui udara. Virus tersebut akan menyebabkan keradangan pada sistem saraf. Ini berkaitan dengan sistem imun yang lemah menyebabkan virus ini aktif dalam badan.

Tanda-tanda awal penyakit kayap ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf , demam, keletihan dan sakit kepala. Kemudian akan kelihatan tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan dan akan timbulnya gelembong-gelembong air yang kecil di urat saraf. Jika sistem imun badan lemah, gelembong-gelembong air tersebut akan merebak ke tempat lain pula.

Bagaimana Cara merawat kayap dengan pengambilan supplemen?

Antara Produk yang boleh membantu ialah:

NUTRIFERON 
Nutriferon merupakan interferon semulajadi di dunia yang telh melalui kajian selama 40 tahun. Mengandungi ekstrak tumbuhan dari biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago yang berkebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh badan. Daripada formula yang semulajadi, selamat, tulin dan juga berkesan. 

Manfaat Nutriferon dalam merawat penyakit kayap ini adalah dapat mengukuhkan sistem imun dan melawan virus dalam tubuh badan.

GARLIC COMPLEX
Garlic Shaklee dibuat daripada bawang putih premium yang bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Mengandungi spearmint dan juga rosemary iaitu dwiteknologi digunakan untuk mengawal bau garlic disamping mempunyai manfaat khasiat yang tersendiri.

Garlic digunakan sebagai antibiotik semualajadi yang selamat untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, anti bakteria dan anti virus.

VITA-C 
Vita-C Shaklee dengan teknologi "sustained release" berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dan juga membentuk pembentukan kolagen. Ia juga dapat memperbaiki masalah kulit akibat daripada penyakit kayap tersebut.

Tetapi jika anda mengandung, dan terkena penyakit kayap ini, perlu dapatkan rawatan segera daripada doktor kerana dikhuatiri akan berlakunya komplikasi dan jangkitan virus kepada bayi. Pengambilan supplemen di atas juga perlu nasihat daripada doktor juga.

Sebarang pertanyaan dan pembelian, boleh HUBUNGI:


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tips Bagaimana Menangi Hati Anak Anda

Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Mendidik mereka adalah tempoh yang mencabar dan ada caranya, bukan dengan memberi arahan atau juga herdikan kepada mereka. 

Walau sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Carilah masa yang berkualiti bukan kuantiti, Pasti mereka akan rasa dihargai dan gembira.



Bagaimana nak menangi hati anak anda? jom ikuti tips berikut:

1. Pujilah anak selalu agar mereka rasa gembira dan dihargai

2. Beri tumpuan ketika anak sedang bercakap walaupun sebenarnya kita kurang fahami bahasa yang dituturkan. Sekurangnya tunjukkan keperihatinan kita kepada mereka
 
3. Jangan terus memarahi anak tanpa usul periksa. Mungkin mereka tak lakukannya. Selidikilah dulu.

4. Sentiasalah memaafkan anak-anak kita kerana dalam proses mereka membesar ini mereka sering melakukan pelbagai perkara yang akan menimbulkan kemarahan kita ibu bapa mereka.

5. Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang mereka tak suka

6. Jadilah rakan karib kepada anak anda. Berikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada anak-anak dalam setiap perkara atau aktiviti yang mereka lakukan.

7. Jika anda berjanji, jangan sesekali mungkiri.

Jadilah ibu bapa yang TERBAIK untuk anak-anak anda. Andalah contoh tauladan kepada anak-anak. Anak-anak sentiasa menganggap ibu bapa mereka sebagai 'king & queen' di hati mereka!!!

Bersabarlah dalam mendidik anak-anak! 

Anis (ID Shaklee: 906379)
019-3132413
vitaminkesihatan@gmail.com

Omega Guard Untuk Perkembangan Otak dan Minda Anak

Perkembangan minda dan juga otak anak anda sebenarnya boleh dirangsang sedari awal kehamilan lagi iaitu dalam kandungan lagi.

Selain dari faktor rangsangan yang perlu dititikberatkan, faktor pemakanan juga amatlah penting iaitu penentu kepada perkembangan otak dan minda anak anda selepas dilahirkan nanti iaitu dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan pemgambilan supplemen /  vitamin yang diperlukansepanjang tempoh kehamilan.

Selain supplemen asas untuk ibu hamil seperti multivitamin, vitamin c dan bcomplex+asid folik, pengambilan minyak ikan omega-3 adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak anda sedari dalam kandungan lagi.  Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan ini diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.

Setelah melahirkan, anak akan memperolehi khasiat omega-3ini pula melalui susu ibu. Susu ibu juga merupakan makanan yang terbaik untuk anak kerana dikatakan anak yang menyusu badan akan menjadi lebih cerdik.

Pada usia 0-5 tahun inilah perkembangan otak anak anda begitu pesat. Pada ketika ini otak mereka membina sistem jaringan iaitu sel-sel otak berhubung antara satu sama lain. Mutrien yang cukup diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.



Anda boleh memulakan memberikan Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak Omega-3 bermula dari umur anak anda 1 tahun ke atas. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Selain khasiatnya yang dapat membantu perkembangan otak anak anda, ia juga dapat meningkatan system imun anak seperti dapat memperbaiki masalah alahan kulit, asthma dan sebagainya.
Ibu-ibu hebat di luar sana mesti ingin memastikan anak anda sihat, cergas dan pintar kan? Jadi dapatkan SEGERA Omega Guard Shaklee hari ini dengan menghubungi saya seperti yang tertera di bawah.