Air Detox untuk Turunkan Berat Badan

Anda pernah dengar mengenai Air Detox? Jika anda seorang yang serius untuk menurunkan berat badan anda akan tahu apa itu air detox. Selain itu, air detox ini juga amat sesuai untuk mereka yang memetingkan kesihatan dalaman dan juga kecantikan kerana air detox ini adalah satu cara untuk membersihkan badan anda daripada toksin berbahaya.



Air yang terbaik untuk kita detox badan dari toksin yang berbahaya ini ialah air kosong. Anda perlu minum 2-3 liter sehari mengikut berat badan dan juga keperluan harian anda. Tetapi tidak semua orang menggemari minum air kosong sahaja. Jadi, wujudlah pelbagai resepi air detox yang bagus dan bermanfaat kepada anda membantu untuk mengeluarkan racun/ toksid yang berbahaya dari tubuh badan anda.

Antara bahan yang selalu digunakan untuk membuat air detox ini ialah seperti:

Lemon - yang membantu untuk mengepam racun berbahaya dari tubuh anda
Mint - yang membantu dalam penghadaman
Timun - yang mengandungi ciri-ciri anti-radang
Halia - yang merupakan pelega kesakitan semulajadi dan membantu pencernaan.
Ada juga air detox ini yang mengandungi tembikai, raspberry, strawberry dan bahan-bahan lain yang terbukti bagus untuk kesihatan. Jadi, anda boleh mencuba pelbagai air detox mengikut selera dan citarasa anda. Yang pasti, air detox ini memang sangat bagus untuk kesihatan terutama yang sukar untuk minum air kosong

Di sini saya kongsikan beberapa resepi air detox yang boleh anda amalkan.


LEMON+TIMUN+DAUN PUDINA
Hiris beberapa keeping lemon dan juga timun masukkan dalam 1 liter air sejuk. Campurkan juga beberapa helai daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 8 jam atau semalaman. Air detox ini elok diminum pagi-pagi sebelum anda makan apa-apa atau bersarapan.

STRAWBERRY+KIWI
Potong beberapa biji strawberry dan juga Kiwi dicampurkan dalam 2 liter air. Biarkan selama beberapa jam dalam peti sejuk supaya air detox tersebut sebati. Kiwi mempunyai vitamin A dan E yang akan membantu anda untuk membersihkan tubuh anda daripada radikal bebas dan membantu untuk mengepam racun dari usus besar. Strawberi bagus untuk kulit anda dan juga mengandungi ciri-ciri anti-penuaan dan membantu untuk melawan karsinogen. Boleh juga di tambah daun pudina beberapa helai untuk rasa lebih segar.

LEMON+HALIA
Halia merupakan pelega kesakitan semulajadi. Campuran halia ini dapat memberikan rasa yang agak sedap ditambah pula dengan hirisan lemon. Halia tersebut diparut ke dalam air dengan campuran hirisan lemon. Biarkan juga selama beberapa jam atau semalaman sebelum diminum. Air detox ini bukan sahaja membantu untuk menghilangkan rasa sakit sepanjang hari atau melegakan system penghadaman anda tetapi juga akan membersihkan toksin dari tubuh anda sepanjang hari dan jus lemon membantu untuk melepaskan racun dan toksin di dalam badan.

LEMON
Hiriskan beberapa keeping lemon dan dimasukkan di dalam 1 liter air. Biarkan beberapa jam atau juga semalaman sebelum diminum. Air detox yang paling ringkas adalah menggunakan lemon. Resepi ini yang selalu saya amalkan sebab senang cepat dan mudah dibuat.
Cubalah amalkan air detox ini. InsyaAllah, anda akan rasa segar dan sihat sepanjang hari di samping bagus untuk kesihatan. Jika badan bebas dari sisa-sisa toksin, senang untuk nutrient meresap di dalam badan. Jadi lagi mudah dan cepat anda menurunkan berat badan.

Nak tahu supplemen Shaklee yang berfungsi untuk detox badan anda dari toksin dan racun berbahaya di dalam badan? KLIK DI SINI.

Bagaimana Puan Salwa Saleh ni boleh turunkan berat badan sehingga 20kg selepas bersalin???Jom ikuti kisah beliau..




Ingin mengetahui Info Lanjut mengenai Produk Shaklee?

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan