Daftar Ahli Shaklee

Tips Penjagaan Anak Yang Menghidapi Asma

Mesti anda sebagai ibu adalah orang yang paling risau jika anak anda mempunyai masalah lelah atau asma ini. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan serangan asma atau lelah ini dan untuk meningkatkan kesihatan anda? Di sini saya kongsikan Tips Penjagaan Anak Yang Menghidapi Asma.

Pemantauan berterusan

Adakah anak anda sering diberikan ubat untuk melegakan batuk dan pernafasan laju, samada dalam bentuk ‘nebulizer’ atau sirap? Kemungkinan besar doktor juga telah memulakan ubat ‘pencegahan’. Adalah penting untuk diketahui bahawa kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi asma perlu mendapat pemantauan berterusan daripada doktor. Bukan hanya dibawa berjumpa doktor apabila sedang ‘semput’. Ini kerana simptom simptom asma perlu dipantau untuk memastikan ia dikawal dengan baik dan sekiranya tidak, rawatan seterusnya dapat diberikan. Walaupun lazimnya asma dalam kanak-kanak akan semakin ‘pulih’ dengan peningkatan usia, dikhuatiri asma yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan pada paru paru serta meningkatkan risiko untuk mendapat serangan asma yang serius. Serangan asma yang serius boleh membahayakan nyawa.

Penggunaan ubat yang betul dengan cara yang betul
Rawatan bagi asma lazimnya terbahagi kepada ubat ‘pelega’ yang digunakan apabila perlu dan ubat ‘pencegah’ yang perlu digunakan setiap hari. Ada sesetengah kanak-kanak yang hanya memerlukan ubat ‘pelega’ tetapi ada juga yang memerlukan ubat ‘pencegah’. Ini bergantung kepada evaluasi klinikal yang dibuat oleh doktor yang merawat. Apa yang penting adalah untuk memastikan ubat diberikan seperti yang disyorkan dan juga dengan cara yang betul. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah selalunya memerlukan ‘corong’ untuk menggunakan ubat asma yang berbentuk ‘metered dose inhaler’ atau MDI bagi memastikan mereka menerima ubat secara optimum.

‘Corong’ tersebut perlu dijaga dengan baik serta mengikut tatacara yang dinasihatkan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Tanpa teknik penggunaan ubat yang betul, rawatan asma tidak akan berjaya walaupun diberikan pada kekerapan yang yang dinasihatkan. Ibu bapa juga dinasihatkan tidak memberhentikan sendiri ubat apabila anak kelihatan ‘sihat’ sehingga dinasihatkan oleh doktor. Berbincanglah secara terbuka dengan doktor yang merawat sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang rawatan yang diberikan.

Penjagaan keaadan sekeliling
Sesetengah penghidap asma sangat sensitif dengan keadaan sekeliling mereka. Antara perkara- perkara yang boleh menyebabkan serangan asma termasuk asap rokok, habuk, cat serta bulu-bulu binatang peliharaan seperti anjing, kuching dan lain lain. Mengambil langkah langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan pendedahan mereka kepada faktor faktor tersebut adalah penting untuk mengelakkan serangan asma.

Meningkatkan aktiviti fizikal

Ramai di antara kita yang menyangka mereka yang menghidap asma tidak boleh aktif seperti kanak- kanak lain. Akibatnya, aktiviti fizikal anak-anak ini dihadkan seperti tidak membenarkan mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani di sekolah. Ini adalah satu fahaman yang tidak tepat.

Objektif rawatan adalah untuk memastikan kanak kanak tersebut dapat bermain dan aktif seperti biasa. Ibu bapa digalakkan berbincang dengan doktor tentang aspek ini kerana terdapat langkah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan serangan asma akibat aktiviti fizikal yang berlebihan.

Diari Asma
Ibu bapa disyorkan menyimpan ‘diari asma’ yang digunakan untuk mencatit simptom simptom lelah seperti yang diterangkan oleh doktor yang merawat. Diari asma dapat membantu doktor menilai tahap kawalan asma setelah sesuatu pelan rawatan dimulakan. Bawalah diairi ini setiap kali temujanji anda dengan doktor.

Pelan tindakan asthma – ‘Asthma action plan'

Pelan tindakan ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa menegenai apa yang perlu dilakukan sekiranya anak tidak sihat. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk mengelakkan kelewatan memberi rawatan apabila anak mendapat serangan asma. Ini kerana rawatan awal yang bermula sebelum anak anak sampai ke klinik atau hospital boleh menyelamatkan nyawa.

Ramai ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang menghidapi asma berjaya mengurangkan sistem asma anak mereka dengan menggunakan supplemen dr Shaklee iaitu Omega Guard..Alhamdulillah..ianya berkesan untuk anak-anak mereka..Yang penting supplemen dari Shaklee tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan anak anda.

Testimoni Omega Guard dan Asma:



Tak salah kita mencuba demi kesihatan anak-anak tersayang. Bukan sahaja baik untuk masalah asma tetapi baik juga untuk kecerdasan otak mereka serta menghindari dari masalah batuk, selsema, allergik dan lain-lain lagi.

Untuk dapatkan Produk Omega Guard ini hubungi seperti yang tertera di bawah atau Klik terus di Button ORDER NOW untuk pembelian secara online.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9f16563436a5d946e37538eb164ee775




SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

No comments:

Post a Comment

Daftar Keahlian