Kaedah Mendidik Anak Mengikut Pandangan Imam Al-Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, beliau memberi istilah Riadhatus Sibyan dalam soal mendidik anak-anak iaitu pentingnya memberi pendidikan kepada anak-anak agar mereka membesar sebagai seorang muslim yang memahami tugas dan tanggungjawab terhadap dirinya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Antara perkara-perkara yang dititikberatkan berdasarkan pendapat Imam Ghazali ialah:

  1. Mendidik mereka supaya beradab dan berbakti terhadap ibu bapanya, guru dan orang yang lebih dewasa daripadanya.
  2. Wajib mendidik mereka melakukan ibadah terutamanya solat dan puasa. Latihlah mereka supaya menampilkan akhlak yang terpuji serta mencegahnya dari bergaul dengan rakan-rakan yang buruk budi pekertinya.
  3. Hindarkan mereka dari pengaruh kehidupan mewah dan bersenang lenang kerana dikhuatiri mereka tidak biasa dengan ujian hidup [ada masa akan datang. Latihlah mereka dengan gaya hidup sederhana dengan bersyukur terhadap nikmat Allah walaupun sakit.
  4. Jika anak-anak sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk, maka bantulah mereka membina akhlak yang mulia.
  5. Jika wujudnya sifat rakus dalam diri mereka seperti waktu makan, maka didiklah mereka supaya beradab ketika makan terutamanya membaca bismillah sebelum makan, paksa mereka menggunakan tangan kanan, mengambil lauk yang berhampiran terlebih dahulu, menunggu ahli keluarga yang lain untuk makan bersama-sama, makan dengan tenang agar tidak mengotorkan pakaian. Laranglah mereka dari makan terlalu banyak dan berilah pujian jika mereka makan secara sederhana.
  6. Elakkan mereka dari kerap berkawan dengan orang yang biasa hidup dengan kemewahan.
  7. Biasakan mereka memakai pakaian yang menutup aurat dan agak longgar. Kalau boleh biasakan anak lelaki memakai pakaian warna putih.
  8. Segeralah memuji jika melihat anak-anak melakukan perkara terpuji. Tetapi sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak baik buat pertama kali, usahlah disingkap dan disoal jawab serta berpura-pura melupakannya. Sekiranya ia mengulangi perbuatannya, tegurlah dengan penuh hikmah sehingga mereka menunjukkan penyesalan.
  9. Jangan biasakan mereka tidur di siang hari kerana tabiat ini akan menjadikan ia malas. Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak empuk agar mereka terbiasa dengan gaya hidup sederhana.
  10. Latih mereka supaya memperbanyakkan pergerakan badan supaya mereka cergas dan sihat.
  11. Jangan biarkan mereka berjalan dengan keadaan sombong sebaliknya latihlah mereka berjalan dengan sifat rendah diri tetapi jangan sampai dipandang rendah oleh orang lain.
  12. Latihlah mereka supaya tidak banyak membuat kritikan, mengutuk dan mencaci seseorang.
  13. Latih mereka supaya bersifat sabar jika didenda guru kerana sifat sabar adalah lambang keberanian dan jangan suka mengadu dan berteriak seperti lagak seorang pondan.
  14. Izinkan mereka bermain dan beriadah sebaik pulang dari rumah, selepas persekolahan asalkan mereka menjaga adab-adab islam agar mereka dapat merehatkan minda dan tubuh badan. Larangan daripada bermain akan menyebabkan mereka bosan terhadap pelajaran dan membantutkan kecergasan.
  15. Berilah peringatan kepada anak-anak supaya mereka takut untuk melakukan perbuatan mencuri, makan makanan yang haram, melakukan khianat, berdusta dan sebagainya sekiranya kita melihat mereka ada kecenderungan melakukan perkara-perkara tersebut.


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan