Daftar Ahli Shaklee

Resepi Roti John Yang Sedap Gilerrrr..

Bulan-bulan puasa ni memang kadang-kadang teringin nak makan macam-macam. Otak pun ligat lah dok berfikir nak buat yang mana dulu kan sebab banyak sangat teringin nak buat tapi tak sempat..(alasan sebenarnya..kekeke..) Jadi, terfikir nak buat Roti John gara-gara 'tertengok' kat TV rancangan apa ntah lupa dah..yg budget2 tu kat Hype TV tu..Jadi, mengidamlah nak buat..Sebenarnya dah pernah buat dulu-dulu masa zaman bujang..Jadi, kita try cungkil baliklah skill lama tu..hehehe..

Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Roti John yang sedap gilerrr nih!!!..


BAHAN-BAHAN
Hasilkan 4 Roti John Kecil
  • Roti Hotdog (ada dijual di pasaraya)
  • Daging Cincang / Ayam Cincang (saya guna daging burger je dalam 3 keping)
  • 1 sudu rempah kari daging
  • 1 ulas bawang besar (rajin cincang kalau nak rasa bawang dia..saya blend je)
  • 2 ulas bawang putih (cincang atau diblend)
  • Telur 3 biji
CARA-CARANYA
  1. Masukkan sedikit minyak cukup untuk tumis bawang tersebut. Jangan letak banyak sangat tau nanti berminyak plak sebab daging tu akan mengeluarkan minyak ckit.
  2. Masukkan rempah kari. Tumis hingga naik minyak kemudian bolehlah dimasukkan daging / ayam tadi. Perasakan dengan garam. Masak sehingga kering sedikit.
  3. Pukul telur. Setelah sebati masukkan daging/ayam tadi ke dalam bekas telur tersebut. Kacau-kacau sehingga sebati. 
  4. Potong roti tadi di tengah-tengan. Jangan sampai terputus.
  5. Panaskan kuali yang tak melekat tu dengan sedikit mentega/marjerin. Dah panas tuangkan bancuhan telur td ke atas kuali. kalau muat 2 roti..tuang untuk 2 rotilah..kemudian cepat-cepat ambil roti tadi letak atas telur tersebut..Haaa..step ni pernah tengok kan abang-abang kat pasar malam buat..lebih kurang macam tu lah..hehehe..
  6. Dah masak angkat. Boleh letak sayur kesukaan dalam tu..Saya letak pun..Saya letak mayonis dan sos cili je..Pastu telangkupkan semula roti tersebut..
  7. Taraaaa...dah boleh makan!!!
Cubalah..Sedap!!..boleh buat untuk berbuka nanti..anak saya kata.."Mak sedplah..macam kat kedai lah mak buat..sama"..kih..kih...Habis makan dia kata "ok..dah kenyang..kedai dah tutup" hahaha..nasib kedai dah tutup..kalau order lagi naya gak.. :-D

Selamat Berpuasa!!

Anis (ID Shaklee:906379)
019-3132413

7 comments:

  1. Uwaaaa... Nak kena buatkan juga ni..terliur pulak dah siang2 hari ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah buat..best!!..sekali buat berkali2 nak buat lagi..

      Delete
  2. Menariknya dah la ada resepi, boleh buat sendiri je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..senang je..barang2 pun simple jer..cubalah!!

      Delete
  3. Saya pun dah try buat.cayalah memang sodap.....

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah try buat.cayalah memang sodap.....

    ReplyDelete

Daftar Keahlian