Kenali Jenis Kulit Muka Anda serta Penjagaannya!

Ramai di kalangan kita yang tidak begitu arif lagi dengan jenis kulit muka masing-masing. Mengenali jenis kulit muka senang bagi kita untuk menjaganya serta mendapatkan produk yang sesuai dengan kulit kita. Jika produk yang anda beli tidak sesuai dengan jenis kulit muka anda, mungkin akan menimbulkan masalah seperti muka terasa terlalu kering atau mungkin terlampau berminyak.

Ada 4 jenis kulit muka yang kita biasa ketahui secara umum iaitu Kulit Normal, Kulit Kering, Kulit Berminyak dan Kulit Kombinasi.



KULIT NORMAL
Kulit jenis ini biasanya senang untuk dijaga kerana kulit normal mempunyai kadar air dan minyak yang seimbang. Ciri-ciri kulit kering mempunyai liang pori-pori yang kecil. Untuk penjagaan pilihlah pencuci muka yang sesuai untuk kulit normal yang mempunyai PH neutral.

KULIT KERING
Kulit jenis kering kurang sebum, jadi muka tidak nampak berkilat. Bagi anda yang memiliki kulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan. Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi rasa kurang selesa. Jenis kulit kering perlu prihatin dengan garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutama di bahagian tepi mata, garisan senyum dan dahi. Tahap kelembapan dan sebum rendah dan satu-satunya cara menangani masalah ini ialah dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit kering. Hindari dari pencuci muka yang jenis foam atau busa kerana ini akan menyebabkan kulit semakin kering dan merasa tegang selepas mencuci muka.

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis berminyak mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan wajah nampak seperti tidak dijaga dengan rapi. Janis kulit ini mempunyai liang roma yang besar yang mudah bagi mereka mengalami masalah jerawat. Carilah pencuci muka yang khusus untuk kulit berminyak yang dapat mengawal kandungan minyak di kulit muka anda dan juga dapat mengecilkan liang-liang roma. Gunakan juga pelembap yang tidak menyebabkan kulit anda lagi berminyak.

KULIT KOMBINASI
Jenis kulit kombinasi ini menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Kulit jenis ini kelihatan normal tetapi ada bahagian tertentu yang terasa kering dan juga berminyak. Kering di bahagian pipi dan berminyak di kawasan zon T. Meskipun muka jenis ini tidak berkilat tetapi ia mempunyai liang roma besar di kawasan zon T yang cepat terdedah kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di waktu petang untuk melembapkan bahagian muka dan penyegar serta pelembap untuk atasi masalah kulit yang kering. 

Pastikan anda mendapatkan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. Sekali sekala boleh berkunjung ke spa untuk buat facial bagi membuang sel-sel kulit mati dan sebagainya. Banyakkan juga minum air dan amalkan amalan pemakanan yang seimbang. 

Shaklee juga mengeluarkan produk penjagaan muka yang berasaskan nutrien dari sumber semulajadi yang bagus untuk kesihatan kulit. Bahan kimia yang banyak dapat merosakkan kulit muka anda. Justeru itu Shaklee mengambil inisiatif mengeluarkan produk yang selamat serta semulajadi.

Rangkaian produk penjagaan muka Shaklee terdiri daripada 2 jenis iaitu Enfuselle yang mempunyai 2 kategori iaitu Normal To Dry dan Normal to Oily dan juga rangkaian Nutriwhite yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit kecuali jika kulit anda terlalu berjerawat dan terlalu sensetif. Info lanjut boleh klik di link berikut:




Untuk pembelian secara online, anda boleh menggunakan kad debit / kad kredit. Panduan penggunaan boleh KLIK Di SINI.

Sila klik icon gambar di bawah mengikut kategori pilihan anda untuk membuat pembelian TERUS..

ENFUSELLE

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=769470af8480e9dbeba55f503be83247

NUTRIWHITE

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=30e920df8099c4feb835211451c3aa62
 

Info lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Pengedar Sah Anda Anis (906379)
 
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

2 ulasan:

  1. alhamdulillah..kulit muka akak serasi dengan Nutriwhite Shaklee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun..Best sangat..Selalu kalau pakai pencuci muka lain lepas pakai mesti rasa kulit cekang..tapi pakai Nutriwhite ni tak rasa pun..Alhamdulillah..

      Padam