Memaparkan catatan dengan label Tips Penjagaan Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Penjagaan Anak. Papar semua catatan

Omega Guard Untuk Perkembangan Otak dan Minda Anak

Perkembangan minda dan juga otak anak anda sebenarnya boleh dirangsang sedari awal kehamilan lagi iaitu dalam kandungan lagi.

Selain dari faktor rangsangan yang perlu dititikberatkan, faktor pemakanan juga amatlah penting iaitu penentu kepada perkembangan otak dan minda anak anda selepas dilahirkan nanti iaitu dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan pemgambilan supplemen /  vitamin yang diperlukansepanjang tempoh kehamilan.

Selain supplemen asas untuk ibu hamil seperti multivitamin, vitamin c dan bcomplex+asid folik, pengambilan minyak ikan omega-3 adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak anda sedari dalam kandungan lagi.  Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan ini diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.

Setelah melahirkan, anak akan memperolehi khasiat omega-3ini pula melalui susu ibu. Susu ibu juga merupakan makanan yang terbaik untuk anak kerana dikatakan anak yang menyusu badan akan menjadi lebih cerdik.

Pada usia 0-5 tahun inilah perkembangan otak anak anda begitu pesat. Pada ketika ini otak mereka membina sistem jaringan iaitu sel-sel otak berhubung antara satu sama lain. Mutrien yang cukup diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat.



Anda boleh memulakan memberikan Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak Omega-3 bermula dari umur anak anda 1 tahun ke atas. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Selain khasiatnya yang dapat membantu perkembangan otak anak anda, ia juga dapat meningkatan system imun anak seperti dapat memperbaiki masalah alahan kulit, asthma dan sebagainya.
Ibu-ibu hebat di luar sana mesti ingin memastikan anak anda sihat, cergas dan pintar kan? Jadi dapatkan SEGERA Omega Guard Shaklee hari ini dengan menghubungi saya seperti yang tertera di bawah.

22 Tips Mendidik Anak

Tips Mendidik Anak ni saya tak ingat saya jumpa dari blog mana. Tapi saya nak kongsikan di sini tips-tips mendidik anak tersebut untuk renungan kita bersama. Apapun saya ucapkan terima kasih pada blog tersebut walaupun saya dah lupa dari mana sebab dah lama sangat dalam simpanan saya.
  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak                                                                                                           ...Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
  10. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Perlukan supplemen yang terbaik untuk anak anda? Hubungi saya untuk keterangan lanjut..

VITAMIN UNTUK PELAJAR PINTAR


Antara Kesilapan Mendidik Anak oleh Dato' Hassan Mohd Ali



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Peringkat Pemakanan Anak dari 6 bulan ke 12 Bulan

Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda memperkenalkan makanan pejak kepada anak anda? Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda secara berperingkat demi berperingkat dan dimulai seawal usia anak anda 6 bulan. 

Makanan yang dimasak dan disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak anda kerana ia segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet atau perasa yang tidak sesuai untuk anak anda seawal 6 bulan hingga 12 bulan. Buah pinggang mereka tidak mampu lagi memproses seawal usia mereka tersebut dan akan mendatangkan bahaya mahupun pada jangkamasa pendek ataupun panjang.




6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.

note: Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda. Berilah sekurang-kurangnya sehingga usia anak anda 6 bulan dan lebih baik teruskan sehingga 2 tahun. Berilah yang terbaik untuk anak anda.

Tips atau Kaedah Didik Anak yang Nakal

Tips atau panduan ni amat berguna bagi kita sebagai ibu bapa. Saya jumpa tips dan panduan didik anak yang nakal di FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Saya panjangkan di sini pula untuk rujukan saya dan juga pengunjung blog saya. Terima Kasih atas perkongsian Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa / guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.


Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
  1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.
  2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!
  3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian - mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.
  4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1 - 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penghadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!
  5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji / belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.
  6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar / mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
  7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi
  8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.
  9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.
  10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
  11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
  12. Pastikan rezeki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.
  13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.
  14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!
  15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.
  16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!
  17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.
  18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.
  19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!
  20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!
  21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

Semoga kita sama-sama sebagai ibu bapa dapat mengikut panduan di atas. InsyaAllah..Bagi anda yang nak dapatkan supplemen untuk anak anda..saya cadangkan supplemen berikut yang bagus untuk menguatkan minda, serta dapat menenangkan fikiran dan menstabilkan emosi anak2 lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh badan mereka. Selain itu, bonus yang anak anda akan dpt ialah dapat meningkatkan imunisasi mereka, meredakan dari alahan, ashtma, eczema dan sebagainya.

VITAMIN UNTUK ANAK

Perlu ambil semua ke? Taklah bergantung pada budget anda serta keperluan. Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai khasiat dan kebaikan supplemen2 tersebut yang sesuai untuk anak anda, boleh klik link yang berikut:





Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan juga pembelian, boleh terus berhubung dengan saya seperti yang tertera ataupun boleh isi Order Form yang diberikan..



Pengambilan secara COD (cash on delivery) adalah di tempat-tempat berikut:

Giant Bt Caves, Shell Tmn Greenwood, Tmn Sri Gombak, Maju Junction KL

Menggunakan POSLAJU untuk seluruh Malaysia..


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)

Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  


Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum Berumur 6 Bulan?

Saya pernah dengar mak saya cerita mengenai hal ni dahulu masa bujang dulu..Saya pula terfikir masa tu kesian nya kat baby tu masih kecil tapi diberi makan macam-macam..Yang menyedihkan masih baru dalam pantang tu..Katanya nak bagi cepat besar..huhuhu..

Saya terjumpa artikel ni dari  UmmiMama Biz..Jadi, eloklah saya kongsikan di sini pula untuk pembacaan dan pengetahuan semua yang sering mengunjungi blog saya ni.

Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi. 

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. 

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab: Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip-cicip. Anggapan bahawa bayi lapar. Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal. Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan. 

Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali. Jadi, kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang. Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama. Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza). Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang. Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya? 

3. Masalah dalam penyusuan Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Jika anda perlukan supplemen dalam membantu dalam penyusuan bayi anda dan agar bayi anda cepat kenyang dan puas, serta bagaimana hendak menambah susu badan agar lebih banyak dan melimpah ruah, hubungi saya untuk keterangan lanjut:


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com