Peringkat Pemakanan Anak dari 6 bulan ke 12 Bulan

Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda memperkenalkan makanan pejak kepada anak anda? Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda secara berperingkat demi berperingkat dan dimulai seawal usia anak anda 6 bulan. 

Makanan yang dimasak dan disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak anda kerana ia segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet atau perasa yang tidak sesuai untuk anak anda seawal 6 bulan hingga 12 bulan. Buah pinggang mereka tidak mampu lagi memproses seawal usia mereka tersebut dan akan mendatangkan bahaya mahupun pada jangkamasa pendek ataupun panjang.




6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.

note: Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda. Berilah sekurang-kurangnya sehingga usia anak anda 6 bulan dan lebih baik teruskan sehingga 2 tahun. Berilah yang terbaik untuk anak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan