Daftar Ahli Shaklee

Makanan Tinggi Potassium dan Kepentingan, Kekurangan dan Lebihan Pada Kesihatan

Ramai yang tidak mengetahui akan kepentingan Potassium ataupun juga dikenali sebagai kalium. Mineral yang penting untuk badan kita. Saya pun baru mengetahui kepentingan potassium ini untuk kesihatan dan juga risiko yang akan dihadapi sekiranya kandungan pottasium ini tinggi dalam badan selepas saya menjalani ujian darah baru-baru ini.

Selalunya kalau kita buat ujian darah untuk kesihatan tu sama ada kita perlu analisa sendiri keputusan ujian darah tu ataupun doktor tempat kita membuat ujian darah tersebut akan terangkan kepada kita mengikut pakej yang ditawarkan di tempatnya. Selalunya penerangannya berdasarkan pakej yang kita ambil sahaja..Lain-lain kena cari info sendiri. Macam saya juga, ada setengahnya tak diterangkan secara terperinci. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk bertanya dengan seorang kawan. 

Jadi, wujudlah entry ini untuk rujukan saya dan juga bagi mereka yang ingin mengetahui apa itu potassium, makanan yang tinggi kandungan potassium dan juga gejala-gejala kekurangan potassium dan juga kelebihan potassium dalam badan.

Pottassium merupakan mineral yang melindungi saluran darah dari kerosakan oksidatif dan menjaganya dari penebalan. Ia sangat penting untuk fungsi otot-otot tubuh, jantung dan juga saraf. Orang dewasa perlu mengambil kira-kira 4.700 miligram kalium setiap hari

Apa kepentingan potassium untuk tubuh badan kita?

1. Kesihatan tulang
Kajian menjelaskan adanya hubungan positif antara makanan yang kaya potassium dengan kesihatan tulang. Pada kajian tersebut mendapatkan hasil bahawa pengambilan makanan yang mengandungi potassium dapat mengurangkan berlakunya pereputan tulang.

2. Tekanan darah tinggi
Dalam beberapa kes menjelaskan bahawa tambahan potassium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi (hipertensi). Bahkan ada juga pada sebuah kajian yang menjelaskan bahawa menambah pengambilan potassium tiap harinya boleh mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular yang berkesudahan pada kematian.

3. Strok
Memenuhi keperluan potassium setiap hari boleh menurunkan kemungkinan anda diserang strok.

4. Buah pinggang
Potassium juga berperanan sebagai penjaga kalsium agar tidak membentuk gumpalan atau batu pada buah pinggang. Mekanismenya bermula dari buah pinggang yang menyerap kalium dan mengeluarkannya melalui kencing. Secara automatik potassium atau kalium juga bertanggung jawab untuk menjaga kesihatan buah pinggang dari pelbagai gangguan.

5. Otak
Selain menyihatkan buah pinggang, potassium juga menjadi penyelamat fungsi otak daripada pelbagai gangguan. Mineral ini juga membantu mengalirkan oksigen kedalam otak dan menghantar neurotransmitter pada otak yang boleh memberikan isyarat kepada saraf, sehingga saraf boleh bekerja dengan normal.

Orang yang kekurangan pengambilan potassium tiap harinya sering mengalami cirit-birit, muntah, peluh berlebihan. Penuhi keperluan potassium anda setiap hari agar tubuh tetap sihat untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Sumber Google Image
Sumber dari makanan yang mengandungi tinggi potassium adalah:

1. Ubi

Ubi merupakan makanan dengan kandungan potassium tertinggi. Satu buah ubi mengandungi kira-kira 694 mg potasium dan hanya 131 kalori. Ubi juga kaya serat, beta-karotena, dan karbohidrat.

2. Sos Tomato
Jika anda inginkan kandungan potassium yang tinggi, tomato perlu dibuat menjadi sos. Suku mangkuk sos tomato mengandungi 664 mg potasium. Sementara itu, jus tomato boleh memberikan 400 mg potassium.

3. Kacang Panjang
Kacang panjang mengandungi 600 mg potassium untuk setiap setengah mangkuk.

4. Yogurt
Sekitar 227 gram yogurt mengandungi 579 mg potassium. Sementara yogurt rendah lemak mempunyai kandungan yang sedikit lebih rendah.

5. Kerang
85 gram kerang mengandungi 534 mg potassium dan kepekatan vitamin B12 tertinggi di dalamnya.

6. Prune
Tiga perempat mangkuk jus prune mengandungi 530 mg potassium dan dalam jumlah yang sama buah prune rebus mengandungi 400 mg. Selain itu prune diketahui baik untuk menjaga kepadatan tulang.

7. Jus lobak
Jus lobak sebanyak 3/4 mangkuk mengandungi 500 mg potassium. Selain itu jus lobak juga memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan mata.

8. Ikan

Ikan seperti halibut dan tuna mengandungi hampir 500 mg potassium untuk setiap 85 gram sajiannya. Kandungan lemak dalam ikan juga baik untuk kesihatan kerana dapat mengurangi risiko penyakit jantung.

9. Kacang Soya
Kacang soya merupakan sumber protein terbaik dan juga dapat melawan keradangan di dalam badan. Kandungan potassiumnya juga cukup tinggi, setengah mangkuk kacang soya mengandungi hampir 500 mg potassium.

10. Labu air
Labu air mempunyai kandungan kalori yang rendah dengan serat dan vitamin A yang tinggi. Setengah mangkuk labu air mengandungi 448 mg potassium.

11. Pisang
Pisang memang terkenal dengan sumber potassium yang tinggi. Satu biji buah pisang saiz sederhana mengandung 400 mg mineral tersebut.

12. Susu
Susu juga merupakan sumber potassium yang baik. Dalam satu mangkuk susu mengandungi 382 potassium.

13. Jus oren
Sebanyak 3/4 mangkuk jus oren mengandungi 355 mg potasium. Selain itu, jus oren juga merupakan sumber kalsium, folat, dan beberapa vitamin B


Apakah yang akan berlaku sekiranya badan kita kekurangan mineral potassium ini?
Badan kita akan menjadi keletihan, kulit menjadi kering, kelemahan pada otot badan, sembelit, masalah jantung dan lain-lain lagi.

Walaupun kita mengetahui potassium mempunyai manfaat yang begitu banyak untuk kesihatan, tetapi terlalu tinggi potasium juga boleh mengganggu kesihatan.

Salah satu kesan dari kelebihan potassium (kalium) adalah Hiperkalemia, iaitu suatu keadaan di mana kandungan kalium dalam darah terlalu berlebihan. University of Maryland Medical Center bahkan menyebutkan, terlalu banyak badan menyerap kalium boleh menyebabkan beberapa penyakit yang mengancam keselamatan diri. Beberapa gejala dari Hiperkalemia antara lain adalah mati rasa, lemas, sesak nafas, muntah-muntah dan denyut jantung menjadi lebih cepat dari biasanya bahkan boleh juga mengakibatkan lumpuh.

Sebenarnya kadar kalium dalam darah dapat distabilkan oleh buah pinggang, namun kebanyakan orang yang berusia lanjut sering mengalami gangguan fungsi buah pinggang sehingga buah pinggang tidak dapat menyerap kelebihan kalium dalam darah. Akibatnya kadar mineral ini semakin lama semakin terkumpul dan pada akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang boleh mengancam jiwa.


Agak panjang entry ini. Semoga bermanfaat kepada semua. Jika anda mengalami masalah kekurangan potassium anda boleh amalkan makanan yang tinggi potassium setiap hari dan kurang mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Bagi anda yang yang mengandungi kandungan potassium yang tinggi pula boleh banyakkam meminum air kosong dan tingkatkan pengambilan kalsium bagi menyeimbangkan keperluan mineral dalam badan.  

Jika anda perlukan supplemen dalam membantu anda mengatasi masalah ini, saya boleh cadangkan pada anda supplemen Shaklee yang sesuai. Boleh hubungi saya:


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
 

4 comments:

  1. Pottasium juga trdpt pada kurma.. Anda boleh melihat *Nutrition Facts pada belakang kotak kurma (contoh brand Yusuf Taiyoob)..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Kurma pun salah satu makanan yang tinggi pottasium..Tambahan lagi kurma merupakan makanan sunnah..Terima Kasih Syed Mohamad Nazreen Al Idrus..

      Delete
  2. Daun Kelor (Moringa)mengandungi 3x ganda kandungan potassium pisang.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana kalau potassium berlebihan dalam darah yer?

    ReplyDelete

Daftar Keahlian