Warna bukan sahaja membezakan jenis buah-buahan tersebut mahupun sayur-sayuran. Bahkan di sebalik setiap warna tersebut tersembunyi rahsia di sebaliknya juga iaitu petunjuk kepada khasiat serta nutrisi yang terkandung di dalamnya. SubhanAllah..Hebat sungguh ciptaan Allah bukan?
Rahsia Di Sebalik Warna Merah
Antara buah-buahan yang berwarna merah adalah tomato, anggur, strawberry dan tembikai. Kandungan pigmen yang terdapat di dalamnya sangat bermanfaat untuk melawan dan mengurangkan pelbagai jenis risiko penyakit kanser dan juga jantung. Kesemua buah-buahan dari golongan ini mengandungi 'lycopene' yang tertumpu di kalenjar prostat bagi lelaki bagi mellindungi DNA. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat antioksidan semulajadi untuk kesihatan badan
Aprikot, lobak dan juga labu merupakan buahan yang berwarna oren. Biasanya buah dan sayuran berwarna oren ini mengandungi alpha dan juga beta karotena iaitu sejenis antioksida. Beta karotena secara semulajadi berubah menjadi vitamin A dalam badan kita.
Rahsia Di Sebalik Warna Kuning
Buah-buahan yang berwarna kuning amat popular dikalangan kita kerana khasiatnnya yang sedia maklum bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh serta mengandungi 'potassium' yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembentukan plak di arteri dan sebagainya. Sebagai contoh buah yang mengandungi khasiat ini dan berwarna kuning adalah mangga, pisang, jagung, limau dan lemon.
Rahsia Di Sebalik Warna Hijau
Sayur-sayuran yang berwarna hijau ini mengandungi 'sulforaphane', 'isothiocyanate' dan 'indoles' yang berupaya merangsang gen-gen di kawasan hati. Akibat ransangan ini, hati akan berupaya mengeluarkan enzim-enzim yang boleh menghancurkan kimia-kimia yang menyebabkan barah di dalam badan. Kandungan klorofil sangat berguna untuk perlindungan antioksidan. Semakin hijau warna yang terdapat pada sayuran tersebut semakin bagus. Teh hijau, brokoli dan bayam antara golongan sayuran yang berwarna hijau.
Rahsia Di Sebalik Warna Coklat
Makanan dari warna coklat seperti bijian, bijirin, kekacang bukan sahaja mengenyangkan malah boleh menolong dalam membuang racun dalam badan yang penyebab kepada penyakit. Bijirin yang kaya dengan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori kepada tenaga.
Rahsia Di Sebalik Warna Putih
Warna putih banyak mengandungi 'flavonoid' yang dapat membantu menambahkan sel tubuh badan seperti susu. dapat membantu daya kerja jantung dengan lebih baik untuk perkembangan tubuh badan manusia. Antara buah dan sayuran yang terdapat dalam kategori ini adalah lobak putih, bawang putih dan juga tembikai susu.
Jika anda perlukan tambahan khasiat serta nutrisi, boleh dapatkan supplemen dari Shaklee yang mengandungi Khasiat-khasiat yang disebutkan tadi kerana vitamin shaklee adalah dari sumber semulajadi. Berdasarkan sumber sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk Shaklee,
hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan