Makan kettika hamil memang antara detik-detik yang menggembirakan sebab kita tidak akan rasa bersalah dengan pertambahan kalori. Ada setengahnya mengatakan waktu hamil ni lah perlu makan sepuas-puasnya.
Tetapi, dalam setiap pengambilan pemakanan, ibu hamil perlu menitik beratkan kandungan nutrien yang diperlukan bagi menyokong perkembangan awal
tumbesaran bayi dalam kandungan.
3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi
tumbesarannya dalam kandungan ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya
menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien
makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan
oleh bayi.
Cara
paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan
sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis
sayur-sayuran dan buah-buahan di samping supplemen tambahan.
Kebanyakan
buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat
bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi.
Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah
turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap yang bagus untuk ibu hamil.
TAHUKAH ANDA
Buah
kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh
khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi
sangat banyak. Buah Kiwi merupakan buah yang paling padat kandungan nutrient berbanding
buah-buahan yang lain? Satu hidangan 2 buah kiwi mempunyai lebih banyak vitamin
C berbanding 2 biji buah oren, lebih banyak potassium daripada sebatang pisang.
Jika anda perasan entry saya sebelum ni mengenai keperluan potassium adalah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Buah kiwi juga mengandungi kalsium dan juga lebih banyak serat.
Jika anda perasan entry saya sebelum ni mengenai keperluan potassium adalah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Buah kiwi juga mengandungi kalsium dan juga lebih banyak serat.
Antara Khasiat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil
1.
Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku
antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam
meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis
ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan
harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap
terbaik dapat membantu anda tetap sihat.
Vitamin
C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus
dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting,
vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin
yang diperlukan anda dan bayi.
Kajian
terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya
membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi
dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat
meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin
kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah
zat besi dalam badan.
Oleh
itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah
kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C
secukupnya.
2.
Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara
kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida,
penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan
kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda
sedar tentang kehamilan.
Oleh
kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi
mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya
anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda
sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.
3.
Mengurangkan Sembelit
Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat
memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan.
Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang
demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.
4.
Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat
meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan
seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk
anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan
tentang kesihatan anda dan bayi.
5.
Merendahkan Tekanan Darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah
kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang
terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi
lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium)
bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.
Jadi,
anda boleh menjadikan buah kiwi sebagai buah pilihan anda semasa hamil dan juga boleh anda makan ketika anda rasa loya ketika
mengandung. Dari itu kita boleh mengurangkan pengambilan asam masin,
jeruk dan sebagainya yang tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi dalam
kandungan.
Antara supplemen asas yang boleh diamalkan semasa mengandung untuk memastikan nutrien mencukupi untuk ibu dan anak dalam kandungan ialah:
HUBUNGI:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin Online Shop
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Betul tu..dulu isteri selalu makan..sekarang nid ah kurang..buah kiwi memang sedap..
BalasPadama`ah sedap..saya suka yg kuning..rasanya lg sedap..tp yang tu mahal ckit harganya berbanding yang biasa..
Padam