Di sini saya nak kongsikan kepada para pembaca
semua mengenai vitamin yang sesuai untuk ibu yang hamil. Seperti yang
kita sedia maklum, ibu hamil memerlukan nutrisi yang tinggi berbanding orang
biasa kerana ia penting untuk ibu dan anak dalam kandungan dan juga untuk
mengelak sebarang risiko semasa proses kelahiran kelak.
Apakah vitamin-vitamin yang disyorkan oleh
Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil?
Vitamin ini penting kerana ia membekalkan semua
vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Vitamin ini mencegah ibu hamil
daripada mendapat HB darah yang rendah. Adalah penting untuk setiap ibu hamil
mengekalkan HB darah mereka di tahap normal 12-14. Ini adalah untuk mengelak
berlakunya sebarang komplikasi ketika kelahiran kelak.
Vitamin B-Complex
Vitamin ini membekalkan kesemua vitamin B yang
diperlukan oleh badan termasuklah asid folik dan biotin. Vitamin ini penting
kepada ibu hamil kerana ia menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi
ibu dan bayi dan mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
Vitamin C ini penting diambil oleh ibu yang
sedang hamil kerana ia dapat membantu dalam peningkatan sistem imun badan. Ini
adalah kerana ibu hamil perlu menjaga kesihatan mereka agar sentiasa sihat.
Vitamin ini juga dapat merangsang pembentukan kolagen, yang boleh mengurangkan
kesan stretch mark anda.
Ostematrix
Ostematrix adalah kalsium yang mengandungi
vitamin D dan magnesium. Ibu hamil memerlukan kalsium yang cukup untuk
pembentukan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan anak dalam kandungan. Ibu
hamil memerlukan kalsium antara 1000mg-1300mg sehari. Ini adalah sangat-sangat
penting bagi ibu hamil yang susah untuk minum susu.
Omega-3 merupakan asid lemak yang penting oleh
badan. DHA dan EPA amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak dan mata anak
dalam kandungan terutama pada 3 bulan terakhir fasa kehamilan. Selain itu ia
juga dapat mengawal paras kolesterol ibu hamil.
Selain itu anda juga boleh menambah ESP(Energizing Soy Protein) dalam senarai vitamin keperluan anda.
Ia adalah sumber protein yang bagus untuk
ibu-ibu hamil untuk mendapatkan tenaga segera yang berterusan ketika hamil dan
mengurangkan keletihan selain dapat mencantikkan kulit ibu dan mengurangkan
masalah stretch mark.
Vitamin-vitamin ini amat sesuai untuk ibu hamil
kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan sintetik dan juga bahan-bahan yang
merbahaya untuk ibu hamil. Semua vitamin ini berasaskan sumber semulajadi. Yang
penting telah mendapat kelulusan daripada KKM dan juga mendapat pengiktirafan HALAL
oleh JAKIM.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA,
hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin Online Shop
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.comp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan