Vitamin Untuk Kecantikan Kulit

Inginkan Kulit Sihat, Cantik dan Gebu? 


Wanita amat suka dengan kecantikan. Apatah lagi mereka mahukan diri mereka cantik sentiasa. Tidak hairanlah banyak produk kecantikan wanita di jual di luar sana. Apa sahaja ada dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tetapi adakah ia selamat untuk anda?

Di sini saya nak kongsikan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik. Pasti anda akan rasa gembira dan bangga jika kenalan anda atau suami anda memuji-muji kecantikan kulit anda yang sihat,cantik,cerah dan gebu tanpa secalit mekap pun.

Semuanya daripada sumber semulajadi, selamat, berkesan dan telah menjalani ujian klinikal. Mendapat kelulusan dari KKM dan yang penting HALAL.

Antara vitamin kecantikan yang dicadangkan ialah:

KECANTIKAN_KULIT

Vitamin E:
Vitamin E terkenal sebagai vitamin cinta, vitamin kulit dan juga vitamin untuk awet muda. Ini adalah kerana sifat anti oksidan dan anti penuaan yang terkandung di dalamnya. Vitamin E ini dapat membantu mengurangkan kesan kulit jeragat dan juga parut jerawat dengan berkesan, mengurangkan kedut dan garis halus. Selain itu ia mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

B-Complex:
B-Complex penting dalam menstabilkan horman kita disebabkan stress, letih, cepat marah, kemurungan, insomnia. Ini adalah antara faktor yang akan menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Selain itu ia dapat mengekalkan kesihatan rambut, memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban. Rambut juga mahkota wanita yang perlu dijaga kan?

Vitamin C:
Vitamin C amat penting dalam merangsang pembentukan kolagen. Itulah juga sebabnya ramai di kalangan wanita hari ini suka membuat suntikan vitamin C dimuka mereka untuk mendapatkan kulit muka yang cerah dan tegang. Dengan Vitamin C ini, anda tidak perlu menahan sakit lagi untuk suntikan. Hanya amalkan pemgambilan Vitamin C ini setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, cantik, gebu malah menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat.

Selain daripada ketiga-tiga vitamin yang saya sebutkan di atas, anda boleh menambah pengambilan ESP dalam rangkaian vitamin tersebut. Kenapa ESP ini juga penting?

Energizing Soy Protein (ESP): 
ESP penting kerana ia bertindak menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Ia membantu mengurangkan kesan hitam akibat daripada sel kulit yang telah mati. Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati, dan akan digantikan dengan yang baru jadi, kita harus memastikan pengambilan protein yang cukup dan betul. ESP adalah sumber protein yang akan membantu meningkatkan kualiti sel-sel kulit baru bagi mendapat kesan kulit yang cerah dan sihat.

Jangan lupa ye pengambilan air yang secukupnya sekurang-kurangnya 2-3liter sehari mengikut berat badan kita. Dikatakan setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum 1 liter air bagi keperluan tubuh badan anda. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit kering dan tumbuhnya jerawat disebabkan sisa-sisa toksin yang berada dalam badan kita. Dengan meminum air dengan banyak, sisa-sisa toksin tersebut dapat dikeluarkan melalui air kencing atau peluh. 

Jom dapatkan vitamin kecantikan anda hari ini. Sebarang pertanyaan dan konsultansi PERCUMA sila berhubung dengan saya yer..Jangan risau, ada juga set yang sesuai untuk budget anda..



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   

Penghantaran secara COD boleh dibuat sekitar Gombak, Selayang dan Kuala Lumpur.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan