Tips Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah ataupun Hypertensi  adalah sangat berbahaya kerana ia dikenali sebagai "silent killer" kerana penghidap tidak akan menunjukkan tanda-tanda amaran yang menunjukkan dia menghidap tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi ini jika tidak mendapat rawatan segera boleh menyebabkan risiko serangan jantung, strok, buah pinggang dan juga demensia.

Jika anda mempunyai sejarah keluarga atau latar belakang keluarga yang mempunyai masalah sebegini, anda perlu berhati-hati. Selain itu, gaya hidup juga perlu diambil berat seperti tekanan kerja atau faktor pemakanan boleh juga menyumbang kepada permasalahan tekanan darah tinggi. Tekanan darah yang normal bagi sesorang individu ialah 120/80 mm Hg.

Di sini saya ingin kongsikan 7 Tips untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Beringat sebelum kena dan juga cegahlah sebelum terlambat..

  1. Pantau Berat Badan - Pastikan berat badan berat yang ideal. Jika tidak, anda perlulah berusaha untuk mengurangkan atau mengawal berat badan anda supaya tidak berlebihan. Berat berlebihan bukan sahaja mengundang darah tinggi tapi juga penyakit-penyakit lain.
  2. Bersenam - Amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam. Cubalah untuk melakukannya sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Dengan bersenam dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan menjadikan anda sihat dan segar.
  3. Pengambilan Garam - Cuba kurangkan pengambilan garam yang berlebihan iaitu kurang daripada 1 sudu kecil sehari. Elakkan makan terlalu banyak telur masin atau ikan masin.
  4. Berhenti Merokok - Kesan nikotin dalam rokok boleh meningkatkan tekanan darah anda.
  5. Kawal Stress - Stress boleh terjadi oleh pelbagai faktor seperti stress di tempat kerja, kesesakan lalulintas, masalah kehidupan dan sebagainya. Cuba kawal stress anda kerana jika ia berlarutan dan bertambah kronik, boleh meningkatkan tekanan darah anda.
  6. Diet yang sihat - Amalkan diet pemakanan yang sihat. Lebihkan serat dalam pemakanan seharian anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan juga ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan mengurangkan kesan garam pada darah. Pisang merupakan sumber potassium yang baik dan mudah didapati. Selain itu boleh juga didapati daripada buah tomato dan oren.
  7. Periksa Tekanan Darah - Seeloknya anda membuat pemeriksaaan tekanan darah secara rutin sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan tekanan darah anda berada pada tahap normal.


Jika anda mempunyai masalah hypertensi dan ingin mencuba produk yang dirumus secara SEMULAJADI dan SELAMAT, anda boleh mencuba rangkaian produk daripada Shaklee khusus untuk masalah kesihatan anda..



Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA, hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan