Apa itu detox? Detox ialah proses pembersihan untuk
mengeluarkan sisa-sisa toksin dalam badan kita. Detox penting kerana jika organ
yang terlibat seperti usus atau hati mempunyai masalah maka vitamin atau nutrient
agak sukar atau tidak boleh diserap dengan sempurna oleh badan kita.
Toksin ini terjadi dan berkumpul dalam badan kita disebabkan
udara yang disedut dari persekitaran kita yang terdedah kepada bahan kimia,
kandungan makanan yang mempunyai bahan perisa dan pengawet, sisa racun perosak
dan juga sebagainya.
Jika terlalu banyak toksin di dalam badan tidak dikeluarkan,
ia boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti
- Sakit kepala yang kerap
- PMS
- Sakit sendi
- Keletihan
- Kulit melepuh
- Pencernaan bermasalah
- Halitosis (nafas berbau)
- Jangkitan yang berulang-ulang
- Kekurangan daya imun tubuh
DETOX HATI
Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan
memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan
detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan
untuk fungsi hati yang sihat. Produk ini mempunyai campuran proprietari yang
terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang
meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan
merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
DTX Complex Shaklee
mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
- Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed) – Melindungi hati daripada toksin
- Dandelion – membantu fungsi hati
- Reishi Mushrooms (Ling Zhi) - dikenali kerana sifat antioksidannya
- Artichoke - membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
- Schizandra - tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
- Kunyit – mengandungi curcumin iaitu bahan anti-oksida
DETOX / PEMBERSIHAN USUS
Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik.
Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai
mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam
saluran gastro-usus; dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus
kita sepanjang masa.
Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan
bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk
mengawal bakteria jahat.
Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
- penggunaan antibiotik.
- umur
- pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan serat yang rendah
- kontraseptif oral
- ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
- tekanan
- pengambilan gula yang tinggi
Herb-lax direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu
proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun
Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan
julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya
merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya
mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan
organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan
ketidakseimbangan elektrolit.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang
pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang
terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin.
Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau
badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi
usus.
DETOX KESELURUHAN TUBUH BADAN
Alfalfa Complex terkenal dikalangan ibu-ibu yang menyusukan anak.
Tetapi jangan tak tahu ya Alfalfa mempunyai banyak fungsi untuk tubuh badan
kita bukan sekadar membanyakkan susu badan. Alfalfa dikenali sebagai agen
diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran
hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi
dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa dapat membantu dalam pencernaan,
anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu dalam penyembuhan
ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang
belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu
menurunkan paras kolesterol.
PENCUCI DARAH
GARLIC
Bukan sahaja usus, hati dan badan juga perlu kita detox tapi darah juga. Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan
untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh
kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna
dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang
putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari
ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih
dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin
adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat dalam
bawang putih.
Garlic Complex Shaklee
diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan 100%
Allicin aktif. Mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal
bau dengan berkesan.
VIVIX
Vivix dapat membantu dalm meningkatkan tahap tenaga di dalam sel badan dan melancarkan peredaran darah.
Khasiat VIVIX
- Memperbaiki DNA - Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
- Pengawalan Genetik - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
- Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-sel - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
- Penimbunan Protin AGE - Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE.
Jadi, apa lagi, Jom kita detox tubuh badan kita dengan produk Detox
dari Shaklee!!!..Semestinya SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI
Untuk keterangan lanjut mengenai produk
dan konsultasi secara PERCUMA, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan