Tips Mudah Hamil dan Punca Sukar Hamil

Jika anda merancang untuk hamil tidak kiralah anak pertama ke, kedua ke ketiga dan sebagainya, anda boleh menjadikan tips mudah hamil ini sebagai amalan serta panduan untuk meningkatkan kesuburan dan hamil dengan mudah dan cepat. Ada pasangan yang dikurniakan rezeki cepat hamil da nada yang sebaliknya. Paling penting anda tidak mudah putus asa dan berusaha kearah itu.


Faham mengenai system reproduksi anda berfungsi dan mengetahui bagaimana kehamilan itu terjadi. Kehamilan boleh berlaku apabila hubungan suami isteri terjadi dan sperma masuk berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan ovum (telur) di saluran peranakan (salur fallopian). Telur ini akan dikeluarkan setiap pertengahan bulan oleh ovary jika haid anda teratur dan tidak mempunyai masalah berkaitan dengan rahim anda.



Waktu Subur. Jika anda betul-betul merancang kehamilan, ambil tahulah mengenai hari subur anda. Anda boleh menandakan di kalender sepanjang kitaran haid anda sehingga haid anda datang semula untuk mengetahui kitaran haid anda normal ataupun tidak dan teratur ataupun tidak. Jika haid anda teratur, anda dapat menjangkakan bila waktu subur anda dengan bahagikannya kepada 2. Contoh kitaran haid anda 28 hari, jadi hari subur anda dijangka pada hari ke-14, 15, 16 atau 17. Inilah pentingnya anda mencatatkan kitaran haid anda. Jika haid anda tidak teratur, agak sukar untuk membuat pengiraan. Anda perlu mengetahui sekurang-kurangnya 6 bulan kitaran period anda. Dalam tempoh tersebut, anda perlu cari kitaran yang terpanjang dan kitaran yang terpendek. Contoh Kitaran terpanjang 36 - 11 =  25 dan kitaran terpendek 23 – 18 = 5. Jadi anggarannya bermula dari hari ke 5 hingga ke 25. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mengambil supplemen untuk memperbaiki paras hormon badan anda supaya kitaran haid anda menjadi teratur.

Selain daripada pengiraan waktu subur dan juga kenal pasti melalui lendiran yang keluar dari faraj ataupun peningkatan suhu badan, anda boleh mendapatkan Kit Ujian Kesuburan (OPK) yang ada dijual di farmasi untuk menentukan hari subur anda dengan lebih tepat lagi.

Berjumpalah dengan doktor. Sekiranya anda telah mendirikan rumahtangga sudah mencapai usia setahun, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Masalah wanita seperti cycst, fibroid dan endometriosis adalah antara penyakit yang menyebabkan seorang wanita itu sukar hamil selain masalah salur fallopian yang tersumbat yang menghalang daripada telur keluar. Jika ia dapat dikesan dari awal, senang untuk anda mendapat rawatan sewajarnya mengikut permasalahan anda. Bukan sahaja anda sebagai wanita perlu menjalani pemeriksaan tapi suami anda juga. Bukan semua punca sukar hamil adalah daripada wanita semata-mata yer.

Berat Badan ideal. Bagi anda yang merancang ingin cepat hamil, factor berat badan juga memainkan peranan yang penting. Terlalu gemuk dan juga terlalu kurus adalah punca kepada anda sukar hamil juga. Ketahui berat badan ideal anda. Berat badan yang ideal adalah sekitar 20-25 sahaja.

Hubungan Suami Isteri. Lakukanlah hubungan seks sekerap yang mungkin terutama pada hari-hari subur bagi meninggikan lagi potensi untuk anda hamil dengan cepat. Pastikan posisi yang tepat yang memudahkan anda hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Selepas berhubungan pastikan anda meletakkan bantal di bawah punggung selama 30 minit untuk memastikan tiada lelehan sperma keluar ataupun membiarkan zakar suami berada dalam faraj anda selama 15 minit selepas ejakulasi.

Kesuburan suami. Kesuburan suami juga amat penting bagi memudahkan anda cepat hamil. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal. Jalani gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan makanan yang seimbang, bersenam dan tidak merokok serta tidak minum minuman keras. Jika suami anda ada masalah dalam seks seperti ejakulasi pra-matang dan sebagainya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengatasinya. Masalah ini juga punca kepada anda sukar hamil. Lebih lanjut Klik Di SINI.

Mengamalkan supplemen. Anda suami isteri disarankan untuk mengamalkan pengambilan multivitamin dan juga asid folik. Bagi suami anda tambahan supplemen zinc bagi meningkatkan pengeluaran sperma dan bagi mengatasi masalah air mani cair

Bersenam. Bersenam bagus untuk menghilangkan stress dan persediann bagi anda untuk menghadapi kehamilan dan proses melahirkan nanti di samping untuk menukarkan kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Amalkan pemakanan yang seimbang. Jika anda mengalami masalah ovulasi yang berkaitan dengan masalah PCOS yang menyebabkan anda sukar hamil, anda perlu menitik beratkan tentang pengambilan makanan yang seimbang dan mengawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berlemak, makanan segera dan manis dan cuba jaga kalori yang masuk di dalam badan anda. Kebanyakan wanita yang mengalami PCOS berjaya menstabilkan haid mereka setelah mengawal diet pemakanan mereka.

Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Kurangkan tekanan (stress). Tahukah anda salah satu punca kepada sukar untuk hamil adalah kerana anda berada dalam keadaaan tertekan. Tertekan juga dikaitkan dengan masalah kesuburan. Lakukanlah aktiviti yang anda gemari untuk mengurangkan stress dan juga cuba kawal stress anda supaya tidak memudaratkan kesihatan. Lebih lanjut KLIK DI SINI.

Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

Bagi anda yang merancang untuk hamil dan cepat hamil, jangan susah hati, ikuti tips yang diberikan di atas. Jika anda perlukan supplemen untuk membantu mengatasi masalah sukar hamil, anda boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee daripada saya, pengedar Shaklee sah anda. Jika anda membuat pembelian dengan saya, saya akan berikan kepada anda panduan cara pemakanan dan konsultasi secara berterusan kepada anda secara PERCUMA.


Testimoni Pengguna menggunakan Set Kesuburan Shaklee:



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan