Kit Ujian Kesuburan (OPK) adalah alat yang digunakan untuk menentukan 'hari subur' kita iaitu hari ovulasi. Haaa...sekarang ni bukan sahaja kita boleh buat ujian kehamilan tapi kesuburan juga. Setengah daripada kita susah nak kira waktu subur mereka disebabkan masalah kitaran haid dan juga prosedur-prosedur lain yang perlu dibuat seperti periksa suhu badan setiap hari, periksa cecair kesuburan dan lain-lain. Agak merumitkan juga untuk melakukannya.
Dengan Kit Ujian Kesuburan ini dapat membantu anda dengan mudah mencari hari subur anda. Kit Ujian Kesuburan ini agak popular sekarang bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil terutama mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.
Bagi yang tidak tahu lagi apakah itu Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini, jom kita dalami apakah sebenarnya OPK ini.
Apakah
Kit Ujian Kesuburan atau Ovulation Predictor Kits (OPK)?
Ovulation
predictor kits (OPK) ialah alat untuk menguji waktu subur wanita. Alat ini
membantu wanita mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Alat ini akan
membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ianya alat untuk
meningkatkan lagi peluang kehamilan dengan mengetahui waktu subur kita. Walau
bagaimanapun, kit ini adalah sebahagian daripada cara atau usaha sahaja. Untuk
berjaya hamil melibatkan faktor-faktor lain juga ye.
Kit Ujian Kesburan (OPK) |
Apa
itu hormon LH?
Luteinizing
Hormon (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada
hari subur, kandungan LH berada dalam tahap tertinggi. Hari kesuburan
berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya
berlainan antara satu wanita dengan wanita lain.
Bilakah
hari sesuai memulakan ujian kesuburan, OPK?
Dapatkan
panjang purata kitaran haid bagi 3 bulan terakhir. Kitaran haid dikira dari
hari pertama haid sehingga hari terakhir sebelum haid bermula semula. Kemudian
tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haid. Contoh: 28-17 = 11, jadi mulakan
ujian kesuburan pada hari ke-11 dan teruskan selama enam hari berikutnya
sehingga OPK menunjukkan tanda positif iaitu 2 line yang terang. Jika pudar
ulang semula 24 jam kemudian pada waktu yang sama. Ambil yang paling terang
selepas menguji selama 7 hari. Sekiranya ujian OPK positif, 12-36 jam
berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan adalah maksima.
Jika
haid tidak teratur, bolehkah OPK digunakan?
Mengesan
hari subur adalah penting bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang pendek
dan tidak tetap. Waktu subur bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur
boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haid.
Jika
kitaran haid tidak teratur, anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek
anda dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai masa permulaan. Contohnya kitaran
haid terpendek anda 24 hari. Manakala kitaran terpanjang adalah 37 hari dalam
tempoh 6 bulan yang lalu. Anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda
iaitu 24 hari dan mula menguji OPK 7 hari selepas hari pertama haid pendarahan
anda (LMP).
Penggunaan
OPK mungkin banyak untuk kitaran haid yang tidak teratur sehingga 10-20 ujian
untuk mengelakkan terlepas tarikh ovulasi.
Cara
Penggunaan OPK
Para
pengguna haruslah membaca arahan pada plastik OPK. Cara terbaik untuk melakukan
ujian ialah antara 10am hingga 8.00pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia
untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.
Jangan
melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkian dia akan
terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum 2 jam sebelum ujian
kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk
mengesan hormon LH.
Mudah
sahaja nak menggunakan OPK ini, sama seperti alat pregnancy test
kit. Hanya celup dalam urine/air kencing. Kemudian perhatikan keputusan, jika
terdapat ada 2 jalur terang, itu bermakna anda sedang berovulasi dan sekiranya
1 jalur sahaja yang kelihatan, itu bermakna waktu tersebut tidak subur
Jika
2 jalur keluar tetapi 1 lagi pudar, kemungkinan lagi 72 jam akan berlaku hari
ovulasi anda. Namun begitu, anda digalakkan melakukan persenyawaan bersama
suami pada waktu ini kerana sperma yang sihat mampu hidup lama dalam rahim
iaitu selama 4-5 hari walaupun telur wanita hanya hidup selama 24 jam atau 36
jam.
Jika
ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah
pada waktu yang sama.
Rekodkan Ujian Kesburan Anda |
Bagaimana
nak dapatkan OPK ni?
Di farmasi-farmasi ada menjual OPK ni. Di facebook dan mudah.my juga ada dijual.
Harganya agak murah berbanding dengan di farmasi di luar sana.
Kredit to: Sihat, Cantik & Bahagia
Berikut adalah testimoni daripada seorang pengguna Set Kesuburan Shaklee dan juga menggunakan kaedah OPK ini untuk menentukan hari subur beliau. Pada mulanya Puan Fara hanya mengambil GLA dan Alfalfa untuk masalah senggugut dan keputihan. Alhamdulillah setelah masalah tersebut hilang baru Puan Fara mengambil Set Kesuburan bagi membantu cepat hamil. Alhamdulillah sekarang Puan Fara tengah hamil permata hati yang ditunggu-tunggu selama setahun lebih selepas berkahwin.
Mari ikuti kisah Puan Fara (Ara)..
Antara supplement yang ara dan suami consume semestinya lah SHAKLEE 100%..tiada supplemnt lain selain shaklee..dan syukur Cik P ara tak pernah miss..regular la setiap bulan dengan cycle 32days.. tapi Ara ada sengugut yang sangat teruk..so ara amalkan GLA Complex shaklee 2biji sehari setiap hari..sebulan lepas tu Cik P datang ting tong...memang tak dinafikan GLA menganggu juga Cik P ara tapi hanya untuk sebulan je..masa tu cycle jd 38days..fuh..masa tue dah rasa cam pregnant..tp test xde naik double line pon..tup2 lepas tu Cik P datang..frusttt giler..hehhee...tapi Alhamdulilah bulan tu beransur sengugut Ara dan bulan seterusnya cycle kembali asal dan alhamdulilah sengugut terus hilang !! Ajaibnye rasa...
Selain itu Ara ada keputihan yang agak teruk..so bila konsisten dengan ALFALFA SHAKLEE 2 bulan hilang keputihan tu..then baru lah Ara konsisten dengan set kesuburan dan ikut cara makan set kesuburan. so tips nya di sini, kita perlu selesaikan satu2 masalah dalaman kita dahulu baru lah kita fokus kepada hamil.. Iya, ara faham perasaan anda semua, Ara juga seperti anda juga..nak cahaya mata secepat yang boleh kan..tapi percayalah sabar dan selesaikan masalah satu persatu2 dan konsisten..insyaallah KUN FA YA KUN..rezeki pasti berpihak pada kita juga.
Kemudian, Ara cuba gunakan OPK ( Ovulation Predictor Kit ) , benda alah ni Ara guna untuk kaji bila masa subur Ara..sebab nya kita orang perempuan ni bertelur hanya sekali dalam sebulan mean, Ovum kita dilepaskan sehari sahaja dan bertahan hanya 36jam sahaja..so time ni lah kena BD ( baby dancing ) or make love dengan hubby..hehe...supaya dapatlah spem n ovum bertemu...:)
Ara start buat test ni masa cd15 iaitu dikira dari hari pertama kita period di panggil cd1( Cycle day 1 )..so disebabkan cycle Cik P Ara 32days..ara bahagi 2 ( 32 / 2 = 16 ) so sepatutnya ara start buat masa cd16 tapi dah tak penyabar ara buat masa cd15..lg pulak sebagai langkah2 berjaga2..mana lah tahu kan Ara subur awal ke bulan tu..hehe...so dr gambar kat atas tu cd15 nampak line kabur sangat2..so besok nye ara buat lagi..pon kabur jugak..then repeat lagi cd17 dah npk line makin terang dan finally....cd18double line naik sama terang..so ape tunggu lagi bd lah..hehhe....then petua yang ara buat lagi untuk TTC ni.., lepas bd angkat kaki dan sandarkan ke dinding...lapik bantal bawah punggung..memang ara buat pun..wlau kelakar tapi berbaloi kan...:) ops, lupa....nk buat test cari subur ni kena buat dr kol 8pagi - 8mlm SHJ..
Tanggal 17 april 2014, hati ni tak tentu arah..nak jugak test upt..sebabnya rasa sengal2 pinggang macam nk sengugut tue berhari2 terasa...ckp dalam hati " aku ni nk sengugut balik ke..teruk sangat sakit ni " so, xmyabar punya pasal ara test jugak petang tu..dan alhmdulilah double line terang sgt ..masa tu pukul 5pm..Bila dah test kat rumah mestilah nak kepastian kan dari doktor..eh betul ke aku ni pregnant..haa...so, khamis minggu hadapan nye Ara g buat buku pink..hehehe xde nak g klinik swasta pon..direct terus buat buku pink...so lepas dah selesai n doc scan..rasa nak menangis bila doc cakap dah nampak kantung..masa ni dah 5w 5d..alhmdulilah..syukur nikmat MU AALLAH..ALLAHUAKBAR...Aku bersyukur akhirnya permintaan hambaMU ini dikabulkan..
Lain2 pemakanan yg kitaorang makan, susu kambing + madu dan memang dalam sebulan tu hubby suka betul makan kambing bakar..so rasanya ia membantu juga,,,kan kambing sunnah nabi...dan ini semua rezeki dari ALLAH..sebagai hambaNYA kita wajib terus berusaha dan meminta dariNYA..
Bagi anda yang ingin mendapatkan Set Kesuburan Shaklee boleh menghubungi saya yer. Konsultansi akan diberikan secara PERCUMA kepada anda dan juga panduan dan cara perkiraan hari subur untuk membantu anda mudah hamil dan juga cara penggunaan Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini.
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan