Minggu lepas semasa saya membaca news feed di facebook..tiba-tiba
saya terjumpa sebuah artikel yang membicarakan mengenai kebaikan ais. Ais pun
ada kebaikan? Itulah, kadang-kadang kita hanya mendengar orang kata yang tak
elok sahaja mengenai ais kan. Cuba kita cari kebaikan disebaliknya pula.
Rahsia dan Kebaikan Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana
saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan.
Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah
Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang
amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar
tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang
sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk
menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka
panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi
kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh
menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan
mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga
akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa
sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa
yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan
semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran
dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam
kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan
bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya
dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat
tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk
dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana
ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka
yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi
penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan
melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang
tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti
oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur
spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang
amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana
ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di
dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan
pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia
menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan
pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air
sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Banyak juga kan kebaikan ais ni. Tahu tak mak saya pernah bagitau semasa dia dalam pantang dulu, mak mertuanya iaitu tok bagi mak minum air ais dalam pantang. Dia kata bagus. Apalagi mak pun minumlah. Tapi, saya tak pernah lah pula cuba masa dalam pantang dulu..hehehe..
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan