Stress antara Punca Sukar Hamil dan Ketidaksuburan

PUNCA SUKAR HAMILTahukah anda bahawa jika seseorang itu berada dalam keadaan stress, tertekan atau berada dalam tekanan mental, emosi serta fizikal akan membuatkan kesihatan seseorang yang mengalami masalah ini terjejas. Bahkan boleh menyebabkan berlakunya masalah kesuburan baik lelaki mahupun wanita.

Stress kadang-kadang terjadi tanpa kita sedari yang kita sebenarnya berada di bawah tekanan atau ketegangan seperti di jalan raya, situasi yang sesak dan sebagainya. Malah stress juga datang dari masalah di pejabat ataupun juga di rumah. Tetapi, tidak semua stress yang kita alami memberikan kesan buruk kepada kita jika kita pandai mengatasi dan juga mengawal stress tersebut dengan berfikir secara positif.

Bagaimana stress boleh mengganggu kepada kesuburan jika tidak ditangani?

  1. Stress boleh melemahkan tenaga batin atau syahwat baik lelaki mahupun wanita. Masalah yang teruk akan menyebabkan gejala mati pucuk dikalangan lelaki dan vaginismus bagi wanita yang membawa ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isteri sedang subur.
  2. Stress akan mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan pada benih lelaki.
  3. Stress boleh mengganggu hormon subur wanita, yang membawa kepada akibat tiada penetasan telur iaitu ovulasi
  4. Saluran fallopio boleh menjadi kuncup dan mencegah benih suami sampai kepada telur isteri.
  5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embrio untuk melekat dan membenam kedinding rahim



Bagaimana Cara Untuk kita Mengatasi Stress?


  1. Sentiasa Berzikir mengingati Allah atau meditation bagi anda yang bukan beragama Islam
  2. Banyakkan membaca al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah
  3. Pernafasan selama 5 minit. Jika anda berasa stress pada waktu berkerja, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan-lahan dan hembuskan keluar melalui mulut perlahan-lahan. Ulang  langkah ini sehingga anda berasa lega dan segar semula
  4. Cari kawan dan ajak berbual seketika untuk membuang rasa stress tersebut. Bergaul dengan orang ramai dan berbicarlah mengenai topik yang boleh menyebabkan anda ketawa.
  5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. 
  6. Amalkan supplemen yang boleh menengkan fikiran anda dan boleh mengawal stress 
  7. Beriadah agar fikiran dan badan anda berasa segar dan sentiasa berfikiran positif


Jika anda dapat mengawal stress anda, InsyaAllah anda telah menguraikan salah satu penyebab kepada ketidaksuburan dan juga sukar hamil. Mengawal stress amat penting dalam memastikan kesuburan seseorang itu tidak kira lelaki atau wanita. Jadi sentiasalah berfikiran positif selalu ya.

B-Complex Shaklee

Mengandungi 8 jenis vitamin B, asid folik dan juga biotin yang diperlukan oleh badan anda dalam mengatasi masalah stress dan sukar hamil. Lagi berkaitan Kebaikan B Complex Shaklee DI SINI.

STRESS PUNCA SUKAR HAMIL



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan