Kenapa WAJIB Daftar Ahli Shaklee dengan Team Saya? Part 2

Entry ni adalah sambungan daripada entry sebelum ni. Bagi yang tak jumpa entry tersebut atau belum berkesempatan untuk membacanya atau tak jumpa pun entry part 1 tu boleh ke LINK ni yer..Kena tahu kisah dari awal kan baru boleh baca sambungan dia..hehehe..

Oklah..seperti yang saya janjikan di entry lepas saya nak bercerita pula mengenai group moyang saya ni Master Lyna Noh & Master Zainul Anuar..Kenapa bertuahnya anda berada dalam group saya dan perlu daftar ahli shaklee dengan team saya? Sebab anda juga akan diserap masuk dalam group moyang saya ni yang telah di re-brand kan semula dengan nama iREACH Group..Sebelum ni iREACH ni dikenali sebagai Lady&Boss..

Master Lyna& Master Zainul

Semasa perjumpaan JOM HEBAT MEGA di Kuala Lumpur baru-baru ni pelancaran logo iREACH telah diperkenalkan kepada kami dan juga diterangkan apakah fungsi dan juga peranan iREACH ni sebenarnya. Adakah ia sekadar nama atau ada lagi yang menarik disebaliknya. iREACH Group ni kira macam support group untuk kita dalam mendalami ilmu mengenai produk Shaklee dan juga ilmu-ilmu mengenai marketing, motivasi dan sebagainya. Pendek kata macam-macam ada kat situ. Nak ngan tak nak jer..Best kan? untung kan dapat leader yang prihatin dengan anak, cucu, cicit piut, miut nya..

Logo iREACH
Tahu tak, setiap huruf yang diberikan mempunyai maksudnya yang tersendiri. Bukan sekadar cantik sahaja tapi ada makna yang tersirat disebaliknya dan perlu dihayati oleh setiap ahlinya untuk diterapkan dalam diri masing-masing.

- i : Saya/Aku/I
- R: Respect. Hormat menghormati
- E: Excel. Cemerlang
- A: Able. Serba-Boleh
- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
- H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

Di samping group tertutup di facebook, iREACH juga akan melancarkan web iREACH yang tersendiri tidak lama lagi. Web ini secara rasminya akan dilancarkan pada atau selepas National Conference yang akan diadakan pada bulan Jun 2014 nanti. Web ini bukan sahaja boleh diakses oleh kami sahaja tetapi juga oleh orang luar yang bukan ahli tetapi limit ajerlah yer..tak boleh lebih-lebih..nak lebih-lebih meh daftar ahli Shaklee ngan saya dulu. Anda akan dapat keistimewaan tu juga..Jangan risau.. :-D

Sedikit saya ceritakan mengenai perjalanan JOM HEBAT MEGA baru-baru ni. Program ni bukan sahaja dianjurkan di Kuala Lumpur, bahkan di Utara, pantai Timur, Selatan dan juga InsyaAllah di Borneo juga. Ramai family iREACH yang datang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mesti anda tidak percaya saya katakan program yang dianjurkan oleh group moyang kami ni kalau tengok lebih kepada Family Day je. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab anda boleh bawa anak anda ke program tersebut juga. Tak perlu nak risau tiada orang nak jaga anak hari cuti kan? Bawa je..Business ni business keluarga. anak-anaklah sebenarnya penguat kepada semangat dan kejayaan kita. Jadi kenapa perlu kita tinggalkan diaorang di rumah kan? tak caya? haaa..tgklah gambar kat bawah tu..




Program ni diadakan bertujuan untuk memberikan semangat dan juga panduan kepada setiap daripada kami untuk menentukan matlamat dalam business Shaklee ni. Bagaimana untuk mengatasi rintangan, ranjau yang ada di depan mata. Bagimana untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya bukan masalah pun tetapi hanya ALASAN dalam diri dan juga bagaimana untuk mendapat sokongan daripada keluarga terutama suami atau isteri.

Slot disebelah petang juga best sebab speaker jemputannya Saudara Amin Idris. Kira slot motivasi lah.



haaa..Nampak tak tu HIDUP ADALAH SOAL PILIHAN..Jadi kita yang tentukan pilihan bagaimana yang kita nak. Kalau nak cari pendapatan sampingan untuk support keluarga meh daftar ahli Shaklee ngan saya cepat..hehehe..mana tahu rezeki anda dalam Shaklee ni yang bermula dengan suka-suka untuk cari pendapatan sampingan terus jatuh cinta dan terjebak sehingga menjadikan pendapatan utama anda. Ramai yang dah dapat buktikan mereka mampu hidup dan berhenti kerja semata-mata untuk serius dalam business Shaklee ni. Jadi, siapa kata dalam Shaklee tiada peluang untuk BERJAYA? Anda yang tentukan!!!

Masih befikir lagi? Tak perlu fikir lama-lama..Jom sertai Keluarga Besar kami dan bersama-sama mengorak langkah menentukan hala tuju anda dan tentukan pilihan hidup anda dengan mendaftar sebagai ahli shaklee dengan saya hari ini. Rebut peluang hari ini. 

Sebahagian Keluarga iREACH Group
Ingin menjadi sebahagian daripada kami? Hubungi saya SEGERA..

Antara Faedah Daftar Sebagai Ahli Shaklee boleh KLIK DI SINI

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan