Apa Itu Virus Zika yang Perlu Anda Ketahui dan Langkah Pencegahan

Pada awal tahun 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran virus Zika kini telah merebak dengan begitu pantas di Amerika Syarikat dengan anggaran yang bakal dijangkiti virus zika ini sebanyak empat juta rakyatnya pada akhir tahun ini.

Tetapi Virus Zika ini sekarang telah sah melanda negara kita Malaysia. Kebimbangan kita sebelum ini telah menjadi kenyataan dan kita harus mengambil langkah-langkah pencegahan dan berwaspada dengan gejala virus zika ini.


Apa itu Virus Zika?
Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil. 

Bagaimana virus Zika merebak?
Virus Zika disebarkan melalui nyamuk aedes. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas. Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Apakah Simptom utama Demam Zika?
  •  Sakit kepala
  •  Ruam pada kulit
  •  Sakit sendi
  •  Mata kemerahan
Rawatan?
Seperti demam denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika. Mereka ini selalunya disarankan untuk minum air dengan jumlah yang banyak serta ubatan yang hanya merawat kesakitan badan serta demam sahaja.

Kesan daripada virus Zika dan Risiko?
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika. Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Langkah-Langkah Pencegahan?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:
  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh
  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran
Sumber

Selain daripada langkah-langkah pencegahan di atas, anda boleh krim penghalau nyamuk daripada Shaklee yang bebas daripada bahan kimia iaitu Herbal Blend. Kenapa krim ini boleh menjadi penghalau nyamuk jika disapukan dikulit? Sebab krim ini mengandungi ekstak Melissa Officinalis iaitu Lemon balm, bahan penghalau nyamuk. Harga krim ni pun hanya RM27.50 1 tiub. Klik DI SINI untuk Order.


Selain itu jika terdapat tanda-tanda demam akibat gigitan nyamuk, anda boleh terus mengambil NUTRIFERON untuk langkah pencegahan daripada virus Zika ini. Nutriferon berupaya untuk melindungi anda daripada kuman, virus, mikrob termasuk selesema, flu, alergi dan inflamasi.

Selain itu dikatan bahawa pengambilan Vitamin C dengan dose yang tinggi dapat merawat demam Zika. Boleh rujuk Di SINI.


Awasi juga rumah anda daripada merebaknya penularan dan pembiakan nyamuk aedes.



Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk serta pembelian, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

3 ulasan: