Kesan Kekurangan Omega-3 Pada Kesihatan

Ramai yang tidak tahu dan menyedari bahawa punca sesetengah penyakit atau masalah kesihatan yang kita hadapi adalah kesan daripada kekurangan Omega-3 dalam badan.

Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui bahawa badan kita kekurangan Asid LemakOmega-3 ni?

Masalah Kulit, rambut dan kuku

Tanpa kita sedari kulit kasar dan juga kering adalah antara kesan menunjukkan kita kekurangan Omega-3 ni. Selain itu mempunyai masalah rambut yang kasar serta kuku yang rapuh.

Gejala mata kering, eczema pada kulit juga dikaitkan dengan kekurangan Omega-3.

  Fokus dan Pemerhatian

Asid lemak Omega 3, terutamanya asid docosahexaenoic (DHA), adalah sangat penting untuk kesihatan otak yang optimum.

Apabila otak mengalami kekurangan omega 3, komunikasi antara neuron (sel-sel yang memproses dan menghantar maklumat) adalah sangat lambat.

Adakah anda pernah rasa fikiran anda sering menerawang, tidak fokus pada sesuatu? Atau anda sukar memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang penting? Atau adakah anda pernah diberitahu bahawa anda menunjukkan gejala ADD / ADHD?

Jika jawapannya YA.. Anda mengalami kekurangan Omega-3

Masalah Berkaitan Mood

Sama seperti perhatian dan juga tumpuan kepada masalah, gejala berkaitan hati seperti beremosi, cepat marah dan sering dalam keadaan murung adalah berkaitan erat dengan kesihatan otak.

Masalah Tenaga

Penyelidikan Saintifik mendakwa bahawa Sindrom Keletihan yang Kronik (CFS), berkaitan dengan kekurangan Omega-3 di dalam badan. Meningkatkan tahap pengambilan Omega-3 dalam diet seharian dapat membantu masalah ini.
Jadi, jangan ambil ringan jika anda sering mengalami keletihan atau kelesuan.


Masalah Tidur

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa jika anda mengalami masalahsleep apnea’ atau sering terbangun semasa tidur malam, anda mungkin mengalami kekurangan omega-3 dalam badan.
‘Sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya.

Sakit Sendi dan Artritis

Sakit sendi dan artritis adalah disebabkan keradangan sendi. Ahli-ahli sains bersetuju bahawa tahap Omega-3 yang rendah dalam badan di samping pengambilan Omega-6 yang tinggi boleh menyebabkan keradangan dalam badan yang menyebabkan berlakunya banyak masalah kesihatan termasuklah sakit-sakit sendi dan radang sendi.

• Masalah Reproduktif

Seperti yang kita sedia maklum, Omega 3 adalah sangat penting untuk wanita mengandung dan juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan, malah ia juga penting bagi lelaki yang cuba untuk menambah zuriat.
Asid lemak Omega 3 membentuk sebahagian besar membran sel sperma. Sperma perlu kuat dan sihat untuk mencapai sel telur.

Jika anda mengalami masalah untuk hamil, sama ada suami atau isteri mungkin kekurangan omega 3 dalam badan.

Daripada Kesan-kesan kekurangan Omega 3 di atas, kemungkinan besar setiap seorang daripada kita mempunyai salah satu daripada masalah-masalah yang disenaraikan di atas..

Kajian juga menunjukkan bahawa sehingga 99% daripada kita adalah kritikal mempunyai masalah kekurangan asid lemak Omega 3 dalam badan. Kebanyakan pakar perubatan dan ahli sains juga percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh diet yang kurang ideal dalam pemakanan seharian.

Sumber Omega-3 dari pemakanan yang boleh kita dapati seperti ikan salmon, walnut, minyak zaitun dan lain-lain. Selain itu anda boleh mendapatkan supplemen Omega 3 untuk menampung mencukupkan kekurangan omega 3 dalam badan anda. 

Saya cadangkan Omega Guard Shaklee yang semestinya telah menjalankan ujian klinikal yang selamat untuk diamalkan. Untuk mengetahui TIPS memilih minyak ikan terbaik boleh KLIK DI SINI.

Kenali Omega Guard Shaklee? KLIK DI SINI 

Omega Guard Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9f16563436a5d946e37538eb164ee775

Untuk keterangan lanjut, penghantaran, COD atau ingin berdaftar sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi di:



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Pages: Vitamin Online Shop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan