Daftar Ahli Shaklee

Ayam Golek Nara Seafood sudah Berpindah

Ayam Golek Nara Seafood atau dikenali sebagai ayam golek 5 bintang Nara ni memang terkenal juga. Sebab apa saya kata macam tu sebab Jalan-jalan cari makan dah terjah dah restoran ni..

Suami saya dulu masa dia belajar kat UM pernah lah datang makan ayam golek nara ni katanya. Saya pun pernah lah makan sekali sebelum restoran ayam golek nara ni berpindah. Dulu restoranya dekat tepi jalan dekat Flat Angkasa. Tapi sekarang ni telah berpindah ke lokasi baru pula. 

Kalau nak cari lokasi di mana ayam golek nara ni berpindah..cari stesen KTM Pantai Dalam. Kalau stesen KTM tu sebelah kiri anda..Dari situ anda terus je jalan sampai ke hujung jalan dan restoran ayam golek nara ni pula ada di sebelah kanan..Memang hujung sekali..

 
Banyak juga menu-menu yang disediakan di sini..Tapi kebanyakannya berasaskan ayam golek lah..Nama pun restoran ayam golek kan...Western food pun ada tapi rasanya jual malam. Saya ngan family datang waktu tengah hari..Bahagian western masa tu masih tutup..

Kami order mengikut set di dalam menu yang disediakan. Set 1 lah pilihan kitaorang untuk 3 orang makan..Meh lah jamu mata tengok menu apa yang ada dalam Set 1 ni..Tomyam, Kangkung Goreng Belacan, Telur dadar dan ayam golek nara seekor.

Paha dah hilang sebab anak dah ambik sebelum sempat tangkap gambar..hahaha..sian dia lapar..

Rasanya?Oklah ayam golek ni..sedap..kalau suami saya suka makan maknanya sedaplah..hehehe..
Oklah..semoga anda jumpa tempatnya yer dan Selamat Berhujung Minggu..

No comments:

Post a Comment

Daftar Keahlian