Anak kurang selera makan selalunya akan menjadi keresahan bagi ibu-ibu kerana takut mereka tak cukup bekalan nutrien dalam badan dan akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut. Memang cabaran untuk kebanyakan ibu-ibu bila anak semakin membesar. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama juga sebelum ni. Setelah anak saya mula aktif berjalan dan berlari dan semakin lasak, saya dapati selera makan dia semakin berkurangan. Memang susah sungguh nak makan dan juga memilih makanan.
Kadang-kadang apabila dia leka bermain memang dia tak akan hiraukan langsung pada makanan. dia lebih suka bermain daripada makan. Penat bermain baru dia akan makan tapi dalam kuantiti yang sikit. Tapi susu memang dia akan minum. Hidup dia dengan susu sajalah.
Antara punca anak kurang selera makan ni hasil dari carian saya dan juga pengalaman adalah disebabkan faktor:-
Terlalu Leka Bermain
Di sini peranan ibu bapa untuk menentukan jadual makan anak. Jangan biarkan anak terlalu leka bermain tanpa menghiraukan pada makanan. Saya kadang-kadang susah juga nak ikut sebab memang anak saya tak akan makan kalau dia nak bermain je..
Makan Bersama
Anak-anak akan lebih suka dan berselera makan kalau kita makan bersama dia. Tambah lagi kalau ada kawan makan bersama. Suka berebut-rebut makanan.
Pelbagaikan Makanan
Anda boleh pelbagaikan makanan anak anda. Jangan makan makanan yang sama setiap hari. Mereka akan bosan macam kita juga orang dewasa. Pengalaman saya, saya akan selang selikan hari ni makan nasi, esok bihun pastu nasi balik, kemudian bihun pula dan lain-lain. Kalau anak saya dia suka makan nasi yang ada rasa macam nasi goreng dan nasi ayam. Memang selera makan dia akan bertambah sikit.
Masalah Kesihatan
Jika anak anda demam atau sakit di bahagian mana-mana anggota badan seperti ulser atau sakit gigi memang selera makan dia akan berkurangan. Pastikan dia mengambil juga makanan walau sedikit dan hidangkanlah makanan kegemaran dia. Begitu juga dengan susu.
Kekurangan Zat Makanan
Selera makan anak anda menjadi kurang juga antara puncanya adalah disebabkan nutrien atau zat dalam badan tidak mencukupi dan tidak seimbang seperti kekurangan vitamin B1, zinc dan sebagainya. Menjadi lebih teruk jika mereka tidak mengambil makanan dalam kadar yang secukupnya. Jadi, carilah alternatif untuk memberikan supplemen kepada anak anda untuk mengatasi masalah kurang selera makan. Seeloknya diberikan supplemen multivitamin kerana dapat menampung zat-zat yang kurang dalam badan mereka.
Tetapi, jangan terlalu bergantung pada supplemen sahaja..berusahalah juga untuk menarik minat anak anda untuk makan. Memang cabaran untuk ibu-ibu bila anak semakin membesar dan semakin memilih pada makanan.
Saya berikan anak saya Mealshakes Shaklee untuk keperluan multivitamin dan mineral untuk anak saya. Walau ada testimoni yang mengatakan baru seminggu ambil dah nampak perubahan selera pada anak mereka tetapi bukan pada anak saya. Dia lambat sikit. Habis 1 canister mealshakes baru saya nampak perubahan pada selera makan dia. Buang air besar pun taklah teruk sangat sembelit. Tetapi anak saya ni memilih sikit makan. Dia akan makan apa yang dia suka saja. tapi oklah daripada dia tak makan kan?
Alhamdulillah, anak saya sekarang dah 5 tahun dan bersekolah. Semakin berselera makan tambah lagi bila bersuap. Corak pemakanan dia selepas bersekolah ni pun dah semakin baik. Dari tak suka makan sayur makan jugalah sikit. Dari tak suka makan kuih dah makan kuih. Tapi bergantung pada kuih juga. Kita memang kena latih anak kita mencuba makanan. Dulu dia tak suka karipap..Sekarang pantang nampak karipap mesti nak..siap suruh buat lagi..hehehehe..Alhamdulillah..
Berikanlah pemakanan yang terbaik pada anak anda. Oh ya lagi satu kalau boleh jangan berikan junk food pada mereka. Bukan sahaja boleh membantutkan selera makan anak anda tapi tak bagus juga untuk kesihatan.
Testimoni pengguna. Ikuti video di bawah ini:
Pertanyaan lanjut mengenai Melashakes dan juga tempahan, boleh hubungi saya seperti yang tertera. Jika anda ingin mengambil barang secara COD, saya pengedar shaklee kawasan gombak. Hubungi untuk temujanji yer. Kalau jauh jangan risau saya boleh poskan InsyaAllah.
Belian terus secara online boleh KLIK DI LINK dibawah:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan