Air Mani Cair?

Tentu ramai yang tertanya-tanya adakah air mani yang cair ini punca kepada ketidaksuburan seorang lelaki? Bagaimanakah yang dikatakan air mani yang 'cair' ini?

Istilah air mani ‘cair’ atau ‘pekat’ yang digunakan oleh sebahagian kita mungkin disalahertikan. Sebenarnya cair atau pekat ini merujuk kepada kandungan sperma di dalamnya bukannya keadaan fizikal atau pandangan kasar air mani itu. Bukan pula boleh dinilai disebabkan mudahnya air mani tersebut keluar dari faraj selepas hubungan intim bersama suami. Sperma pula hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop, bukannya mata kasar. Anda hanya boleh tentukan sama ada air mani ini 'cair' atau 'pekat' dengan membuat beberapa ujian dengan doktor dan juga pemeriksaan dari makmal.


Mari kita baca soalan yang dikemukan kepada Dr Zubaidi mengenai masalah ini.

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”

Wa alaikum mus salam.

Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.

Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah kesuburan, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk menghamilkan isteri. 

Kecairan air mani ini bermakna suami puan mengalami bilangan sperma yang kurang berkualiti (sama ada bentuk atau pergerakannya)dalam air mani. 

Air mani yang cair bukan bermakna air mani yang mudah mengalir semula keluar dari faraj selepas hubungan seksual bersama suami.

Air mani yang cair hanya dapat didiagnosa dengan pemeriksaan air mani yang dilakukan dalam makmal.

Secara amnya diagnose “air mani yang cair” atau “oligozoospermia” haruslah adalah berdasarkan pada dua kali pemeriksaan air mani. 

Tidak adil atau tepat jika diagnose itu dilakukan hanya sekali, kerana ada kalanya ia hanya kesilapan makmal.

Secara amnya bilangan sperma yang kurang daripada 15 juta sperma dalam satu ml dianggap rendah dan mengalami kecairan.

Berikut adalah cara menentukan tahap kesuburan lelaki, berdasarkan air mani dalam satu ml.

Ringan: kepekatan sperma 10-20000000 / ml
Sederhana : kepekatan sperma 5-10000000 / ml
Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml


(Rujuk: Padubidri; Daftary (2011). Shaw's Textbook of Gynaecology,p. 204)

Jika masalah kecairan air mani di peringkat rendah, maka ia lebih mudah dirawat, berbanding dengan masalah kecairan yang teruk.

Jadi saya menasihatkan suami puan lakukan semula pemeriksaan air mani, jika meragui keputusan yang dikeluarkan dari makmal.


========================================================================

Bagi anda yang ingin berikhtiar dengan menggunakan supplemen, Vitamin Online Shop mengesyorkan menggunakan supplemen zinc bagi membantu anda mengatasi masalah ini.

Info lanjut mengenai Zinc Complex Shaklee boleh KLIK DI SINI..






Apakah Vitamin lain yang sesuai untuk kesihatan lelaki? KLIK DI SINI

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki? KLIK DI SINI

TESTIMONI







SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan