Punca Jerawat dan Cara Mengatasi Jerawat

Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat disebabkan minyak secara amnya sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang. Jerawat adalah penyakit kulit yang dihadapi oleh ramai orang. Kligmann, seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat,"Tak ada satu orang pun di dunia yang melewati masa hidupnya tanpa sebuah jerawat di kulitnya." Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormon yang merangsang kelenjar minyak di kulit. Perubahan hormon yang lain yang menjadi punca jerawat juga adalah ketika menstruasi,kehamilan, penggunaan pil-pil dan juga stres.

Kenapa Masalah Jerawat saya Semakin Menjadi-jadi dan Tidak Surut? Banyak faktor kemungkinan Jerawat anda semakin merebak. Jom kita tengok satu-satu apakah puncanya..
  1. Kurang Minum Air - Air merupakan elemen yang penting dalam badan kita. Air membantu dalam penyingkiran sisa-sisa toksin di dalam badan kita. Jika kita kekurangan air, sisa toksin ini tidak dapat dikeluarkan melalui perkumuhan, jadinya ia akan timbul di kulit kita sebagai jerawat. Tips untuk menjaga kecantikan kulit anda ialah pengambilan air yang mencukupi. Air memang sangat penting. Anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
  2. Alahan Makanan - Ada di kalangan kita yang mengalami alhan kepada makanan seperti seafood dan juga makanan pedas dan juga berminyak. Alahan-alahan ini akan menyebabkan berlakunya jerawat. Jadi, anda perlu mengurangkan makan makanan tersebut atau anda boleh mencari alternatif dengan mengambil supplemen yang dapat mengurangkan alahan anda.
  3. Masalah Sembelit - Masalah sembelit akan menyebabkan sisa toksin berkumpul lebih lama di dalam badan anda dan akan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin ini akan tersekat dan akan dikeluarkan di wajah. Jadi, jika anda mengalami masalah sembelit, anda perlu mencari alternatif supaya masalah sembelit ini dapat diatasi kerana lebih lama sisa toksin ini tersimpan lebih lama jugalah jerawat anda tidak akan pulih.
  4. Tidur - Tidur yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan jerawat mula tumbuh. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
  5. Suka Memicit Jerawat - Anda perlu menghentikan tabiat memicit jerawat menggunakn kuku atau jari. Memicit jerawat ini akan menyebabkan bakteria merebak ke kawasan lain dan juga akan menimbulkan kesan parut hitam di kulit.
  6. Hormon - Masalah hormon yang tidak seimbang punca kepada masalah berlakunya jerawat juga. Ini adalah kerana kelenjar sabaceous mengeluarkan banyak sebum dan mengakibatkan liang roma anda menjadi tersumbat.
  7. Toksin Pada Hati - Jika masalah jerawat anda sukar untuk sembuh bermakna darah anda kotor yang berpunca daripada hati yang bertoksin. Untuk kaedah ini, anda perlu mengambil supplemen untuk membersihkan hati anda dari sisa toksin.
  8. Stress - Stress adalah salah satu punca jerawat senang tumbuh di kulit anda. Anda perlu mengawal stress anda untuk mengelakkan tumbuhnya jerawat.
  9. Produk Penjagaan Muka yang Tidak Sesuai - Anda perlu memilih produk penjagaan muka yang sesuai untuk kulit anda. Produk penjagaan muka yang mengandungi banyak bahan kimia boleh menyebabkan muka anda berjerawat dan juga selalu bertukar-tukar produk juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat ini.
  10. Mengabaikan Penjagaan Muka - Mengabaikan penjagaan muka seperti tidak mencuci muka selepas bersolek dan tidak memakai toner dan juga pelembap juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat juga.
Senarai di atas adalah antara punca tumbuhnya jerawat di muka anda. Anda perlu tahu yang mana satukah punca sebenar jerawat anda tidak pernah hilang. Ambillah supplemen yang bersesuaian juga untuk menjaga kecantikan kulit anda bagi menaikkan keyakinan diri anda untuk berhadapan dengan orang ramai.

Antara supplemen / vitamin yang boleh saya syorkan untuk mengatasi masalah jerawat anda ialah:-

Vitalea - Dapat menstabilkan metabolisma gula untuk mencegah dari tumbuhnya jerawat
Vitamin C - Untuk pembinaan kolagen
B-Complex - Kekurangan Vitamin B6 adalah punca kepada masalah jerawat. BComplex juga dapat mengatasi masalah stress
GLA - Memulihkan kulit yang rosak
Vitamin E - Menghilangkan parut
Zinc - Menyembuhkan luka jerawat dan juga meningkat imunisasi
Garlic - Sebagai antibiotik bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang agak teruk

Perlu ke saya ambil kesemuanya? Taklah..anda boleh menghubungi saya dan saya akan memberikan cadangan vitamin yang sesuai untuk masalah jerawat anda.

Tingkatkan Keyakinan Diri dengan BEBAS Dari Masalah Jerawat.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan