Musim yang tak menentu kat negara kita sekarang banyak mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema dantidak kurang juga batuk. Batuk ni boleh terjadi disebabkan kita mengalami demam dan selsema dan ada juga yang mengalaminya disebabkan bermula dengan sakit tekak sahaja disebabkan cuaca yang terlampau panas.
Batuk akan menjadi berlarutan sekiranya kita tidak merawatnya dengan segera dan juga akan mendatangkan kemudaratan bagi sesetengah orang kerana boleh menyebabkan jangkitan virus dalam badan jika tidak diatasi dari awal dan dengan segera.
Antara Petua yang saya tahu untuk merawat dan mengatasi batuk dan sakit tekak hasil dari petua orang tua-tua dan carian di google ialah:
- Kicap + Limau Kasturi - Perah limau nipis di atas sudu kemudian titiskan sahaja beberapa titik kicap ke atasnya dan minum
- Madu + Lemon - Perah separuh lemon ke dalam gelas kemudian dicampur dengan 1 sudu madu
- Madu + Lemon + Halia - Lemon dan halia dihiris nipis. Letakkan dalam balang dan dicampurkan dengan madu. Biarkan dalam peti ais dahulu sebelum meminumnya.
- Madu - 1 sudu madu dibancuh dengan air suam
- Timun - Boleh dibuat jus atau dimakan begitu sahaja
Selain itu penawar untuk batuk dan sakit tekak ni ialah dengan memakan vitamin / supplemen vitamin c. Vitamin C ni merupakan antioksidan dan juga dapat meningkatkan sistem imun badan kita. Vitamin C juga boleh mengurangkan gejala seperti selsema, flu dan juga demam.
Jika batuk anda berterusan juga tanpa henti, saya cadangkan anda mengambil supplemen Nutriferon untuk menghalang daripada jangkitan virus dan juga supplemen Garlic. Garlic / Bawang putih sememangnya terkenal sebagai antibiotik semulajadi yang sangat berkesan.
Jadi, jangan biarkan diri anda terseksa dengan gejala batuk yang tak sudah tu. Carilah alternatif untuk merawatnya sebelum ianya menjadi lebih parah dan melarat kepada gejala yang lain pula.
Untuk pertanyaan mengenai produk dan juga tempahan, hubungi:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan