Jeng..jeng..jeng..sy nk berkongsi resepi Hati Masak Hitam yang selalu saya makan semasa berpantang dulu. Untuk pengetahuan semua, ni hati lembu yer..bukan ayam..hati mengandungi zat besi yang tinggi dan membantu ibu-ibu yang kehilangan banyak darah semasa bersalin untuk proses pemulihan semula. Tetapi janganlah makan banyak sangat pula yer..sebab ada juga pendapat yang kata tak elok makan. salah satu ikhtiar untuk meningkatkan semula HB darah selain mengamalkan supplemen Vitalea yang mengandungi iron formula (zat besi).. siapa yang tak lalu nak makan hati lembu ni bolehlah ambil Vitalea Shaklee yer..hehehe..
Hati Lembu Masak Hitam
200gm hati lembu (direbus dan dihiris)
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk kasar
1 inci halia dihiris
2-3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2-3 sudu makan kicap
1 batang serai
Cara nak masaknya pula
Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serai, kicap, lada hitam dan juga hati lembu yang telah direbus tadi. Gaul sebati dan siap!!!..
Senang kan? Bolehlah tambah resepi ni dalam koleksi resepi pauan-puan semasa berpantang nanti. sedap di makan dengan nasi panas-panas..Nyum..nyum..lama tak makan..
Nanti kalau berkesempatan saya share lagi yer resepi untuk ibu-ibu dalam pantang yer..
Untuk mengetahui supplemen yang sesuai semasa berpantang boleh KLIK DISINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan