Shaklee Tak Halal?

Wah..tengok tajuk macam takut je kan? Betul ke produk Shaklee ni tak HALAL? Memang isu Halal ni sering menjadi bualan. Kadang-kadang timbul..kadang-kadang tenggelam..Nanti timbul balik isu halal haram ni pula bagi pengguna-pengguna yang baru nak kenal Shaklee ni. Dari semasa ke semasa isu ini akan menjadi bualan dan pertanyaan orang ramai. Jadi, di sini tugas saya sebagai pengedar Shaklee yang sah untuk membuat penjelasan kepada pembaca blog saya. Pendek kata, jangan melatah bila orang kata Shaklee tak HALAL sebab ada itu ini. Tapi, jadilah pengguna yang bijak, bertanya dan merujuk kepada orang-orang yang sepatutnya. Jadi, tak timbullah isu buang begitu sahaja vitamin-vitamin Shaklee tersebut. Siapa yang rugi?? Diri sendirilah..


Jika anda menyemak statu Halal melalui sms halal JAKIM yang diberikan memanglah nama Shaklee produk tidak tertera ini adalah kerana produk Shaklee adalah produk luar negara iaitu di United States of America. Jadi, JAKIM telah melantik badan luar negara untuk memantau status produk Shaklee ini. Badan Islam  luar negara yang dilantik oleh JAKIM ialah ISA iaitu badan pengeluar untuk sijil Halal di Amerika yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Logo seperti gambarajah di bawah. Jadi, mana-mana produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia akan dipantau dan akan mendapat pengesahan daripada badan ISA ini dahulu termasuklah produk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Omega Guard, Lecithin dan juga Vita-E. 

Ada juga badan luar negara yang telah ditarik balik pengikhtirafan HALAL oleh JAKIM kerana tidak mematuhi syarat-syarat HALAL yang ditetapkan. Setakat ini Alhamdulillah ISA masih mendapat pengiktirafan dari JAKIM.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh rujuk link DI SINI untuk badan-badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

LOGO HALAL ISA

Berikut adalah sijil HALAL produk Shaklee 2014 dan yang terkini yang dikeluarkan dan diperbaharui setiap tahun. S

Sijil Halal Shaklee Terkini


Bagi sebarang persoalan dan pertanyaan serta untuk mendapatkan produk Shaklee yang HALAL boleh hubungi saya.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan