Tentu para ibu di
luar sana tertanya-tanya apakah set berpantang yang sesuai untuk diamalkan dan
macam mana nak pilih yer sebab banyak sangat dah sekarang ni lambakan produk
yang boleh ibu-ibu di luar sana. Ada yang berasaskan herba (tradisional) dan ada
juga yang berasaskan keperluan nutrient dalam badan kita iaitu supplemen.
Persoalan sekarang
yang mana lebih baik dan bagus???
Pendapat saya, semua jenama set
berpantang di pasaran mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk penyembuhan luka setelah
bersalin dan juga memberikan semula tenaga kepada si ibu setelah penat
bertarung nyawa melahirkan anak. Tak ketinggalan juga yang perlu bersalin
melalui pembedahan. Tapi, apakah perbezaan antara jamu (herba) dan juga
supplemen?
Jamu menggunakan
bahan-bahan mentah seperti herba dan sebagainya untuk diambil oleh ibu semasa
berpantang. Jamu (herba) berkenaan akan memproses bahan tersebut di dalam badan
kita untuk mendapatkan khasiatnya seperti vitamin, mineral dan sebagainya yang
terkandung dalam jamu tersebut.
Supplemen pula telah
di ekstrak untuk mendapatkan terus khasiat dan juga segala nutrient yang
diperlukan oleh badan. Jadi, badan hanya perlu menyerap nutrient tersebut bagi
mendapatkan khasitnya dengan memastikan pengambilan air yang secukupnya
Kenapa anda perlukan
Supplemen terutama Set Berpantang Shaklee?
Ibu-ibu mesti hendakkan
yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, segala khasiat yang diambil, si ibu
mesti memikirkan anaknya juga akan mendapat khasiat yang sama juga melalui susu
ibu. Jadi, bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak secara eksklusif
perlu mengambil berat tentang semuanya. Adakah set berpantang yang akan
digunakan akan memberi effect kepada anak dan apakah si ibu boleh teruskan
mengambil set berpantang tersebut jika anak menghidapi jaundis ataupun g6pd dan
adakah boleh membantu dalam penyusuan ibu.
Kebanyakan bayi yang
lahir sekarang ni akan mendapat jaundis. Bezanya sikit atau banyak sahaja.
Dan apabila masalah ini berlaku, kebiasaannya doktor akan menasihatkan ibu-ibu
supaya tidak mengambil sebarang jenis jamu (herba) sehinggalah bayi benar-benar
sihat dan bebas dari jaundis. Ini akan memberi kesan kepada si ibu jika tidak mengambil
sebarang supplemen untuk pemulihan daripada luka dan juga untuk kembalikan
tenaga selepas bersalin. Secara tak lansung akan memberi kesan kepada penyusuan
kerana bila badan menjadi tidak sihat dan letih, akan mempengaruhi juga dalam
penghasilan susu ibu. Tambahan pula anak yang terkena jaundis memerlukan bekalan
susu ibu untuk pemulihan yang cepat.
Begitu juga dengan
kes anak yang menghidapi g6pd. Ibu tersebut tidak boleh mengambil terus jamu
(herba) langsung sepanjang penyusuan.
Apakah supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu dalam
pantang?
1. Vitalea with
Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
Vita-Lea
diformulasikan dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh
tubuh badan. Memberikan tenaga dan kecergasan pada tubuh dan juga bagus untuk
pertumbuhan sel-sel. Zat Besi yang terkandung bagus untuk penyusuan dan juga
pada ibu bagi membantu dalam penghasilan sel darah merah dengan cepat akibat
kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak.
2. Sustained Released Vita C Plus
Vitamin C dapat membantu mengekalkan pertahanan antioksida badan secara
semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur
darah. Membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat.3. B Complex
B Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik iaitu B1, B2, B3, B6, biotin dan juga asid folik yang bagus untuk keperluan kesihatan ibu-ibu dalam pantang. Boleh mengurangkan stress dan tekanan, sakit kepala dan mencegah daripada anemia dan bagus juga untuk membantu dalam penyusuan
4. ZincZink pula membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan cepat dan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur disebabkan oleh proses kelahiran.
Selain daripada set basic di atas, para ibu boleh menambah ESP untuk memberikan tenaga segera kepada si ibu selepas bersalin. Boleh diminum terus selepas bersalin. ESP Shaklee adalah produk Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Selain itu anda boleh menambah Ostematrix untuk keperluan kalsium dalam badan. Ini penting bagi ibu-ibu yang susah untuk minum susu. Kalsium amat penting dalam penyusuan kerana 60% kandungan susu ibu adalah dari sumber kalsium. Selain itu boleh membantu dalam masalah sembelit bagi ibu-ibu yang sukar ke tandas selepas bersalin.
Testimoni Pengguna:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan