Punca Keguguran Di Awal Kehamilan

Keguguran di kalangan wanita sering berlaku pada awal kehamilan lagi iaitu sekitar 12 minggu pertama kehamilan. Kadang kala wanita tersebut tidak sedar yang mereka mengalami keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif. Jika didapati air kencing itu positif, 1 daripada 5 kehamilan akan mengalami keguguran.

Apakah sebenarnya punca terjadinya keguguran lebih-lebih lagi di awal kehamilan? Kebanyakkan keguguran yang terjadi tidak dapat dielakkan kerana ianya terjadi dengan sendirinya. Walaupun begitu, terdapat juga sebab-sebab dan juga punca kepada keguguran tersebut iaitu:-

KROMOSOM YANG TIDAK NORMAL.


Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut iaitu kecacatan pada kromosom. Apabila telur dan sperma bertemu dan berlaku ketidaknormalan pada kromosom tersebut, maka ini yang akan menyebabkan keguguran berlaku.


KECACATAN PADA SISTEM PERANAKAN
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang. 

MASALAH KETUMBUHAN PADA SISTEM PERANAKAN
Masalah ketumbuhan pada rahim anda seperti cyst, fibroid dan juga endometriosis adalah punca kepada berlakunya keguguran. Anda perlu mendapatkan rawatan dan juga membuang ketumbuhan yang ada pada sistem peranakan anda itu bagi anda yang ingin hamil lagi.

(PCOS) SINDROM OVARI POLISISTIK
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

JANGKITAN KUMAN

Jangkitan daripada viru seperti toksoplasmosis, rubella, CMV (cytomegalovirus) dan HSV (herpes simpleks virus). Jika ibu hamil mengalami jangkitan ini, janin akan tumbuh secara tidak normal dan akan menyebabkan berlakunya keguguran. Kuma toxoplasmosisini boleh didapati daripada bulu kucing.

PENYAKIT YANG DIHIDAPI
Jika anda mengalami masalah darah tinggi, kencing manis, tiroid, SLE dan sebagainya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk hamil. Anda juga perlu mendapatkan rawatan dengan mengawal penyakit tersebut daripada menjadi punca kepada keguguran. 

GAYA HIDUP DAN JUGA PERSEKITARAN
Persekitaran kerja anda yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya juga punca kepada masalah terjadinya keguguran juga. Gaya hidup yang tidak sihat juga membolehkan anda mengalami masalah keguguran kerana punca daripada makanan yang tidak seimbang dan tidak cukup keperluan nutrien dalam badan. Elakkan daripada terlalu stress dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayakan kandungan anda.

Jika anda pernah mengalami keguguran kali pertama, jangan risau, anda hanya perlu mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut. Jika tidak tahu anda boleh menukarkan amalan gaya hidup yang sihat dan juga mengamalkan makanan tambahan iaitu supplemen yang boleh memberikan kesihatan dan kecergasan pada badan anda untuk cuba hamil lagi. 

Shaklee, mempunyai rangkaian makanan tambahan ataupun supplemen yang boleh diamalkan oleh anda jika anda telah keguguran dan ingin menukarkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengambil supplemen yang mengandungi antioksidan bagi mengelakkan daripada radiasi yang boleh menyebabkan masalah keguguran juga. Mengamalkan supplemen yang asas seperti Vitalea, BComplex dan juga Vitamin C boleh mencukupkan keperluan nutrien dalam badan anda.

VITAMIN ASAS UNTUK KESIHATAN





Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
 


1 ulasan:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    BalasPadam