Khasiat Halia dalam Kehidupan

Halia banyak digunakan dalam masakan kita sehari-harian dan juga minuman. Malah ada yang telah memasukkan rasa halia ini dalam pembuatan biskut. Dari segi perubatan tradisional pula khasiat halia selalu digunakan untuk membuang angin dalam badan. Banyak sebenarnya khasiat halia yang kita sedar ataupun tidak sedar.

Kenali Halia
Selama lebih 2000 tahun, perubatan Cina telah mencadangkan penggunaan halia untuk membantu merawat dan mencegah beberapa masalah kesihatan. Ia dikenali untuk menggalakkan peredaran tenaga dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan kita.


Ginger
Jom Kita lihat 11 Khasiat Halia dalam Kehidupan


  1. Mengekalkan Peredaran Darah Normal -  Halia mengandungi kromium , magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  2. Mengatasi Loya  -  Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk akibat perjalanan jauh ataupun disebabkan ‘morning sickness’
  3. Meningkatkan penyerapan -  Halia dapat meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan.
  4. Pencegahan Selesema -. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk selesema di seluruh Asia. Untuk merawat gejala sejuk dan selesema di kalangan orang dewasa, ambil beberapa hirisan halia atau 1 sudu besar  halia yang dicincang dalam air panas, minum dua hingga tiga kali sehari.
  5. Mengatasi Ketidakselesaan Perut -. Halia sesuai dalam membantu sistem pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan kemungkinan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan dengan cara yang sama seperti aspirin dan ibuprofen.
  6. Pencegahan Kanser Kolon -  Satu kajian di University of Minnesota mendapati bahawa halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal.
  7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan - Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan dikenali ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. halia berupaya membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan arthritis, reumatisme dan kekejangan otot. Malahan, kandungan terapeutik yang terdapat di dalamnya juga berkesan untuk merangsang peredaran darah, membuang toksik dari tubuh di samping mencuci usus dan buah pinggang.
  8. Masalah Pernafasan (Asthma) -  Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia dapat membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang berupaya mengurangkan dan membuang lendir. Dengan cara ini anda boleh cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
  9. Rawatan Kanser Ovari -  Serbuk halia mendorong kepada kemusnahan sel-sel kanser ovari.
  10. Menguatkan imuniti -. Halia membantu meningkatkan sistem imun anda.
  11. Mencegah Kolesterol - Halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolestrol di dalam hati dan  darah.
Tak sempat nak buat air halia? Nak dapatkan khasiat dari halia tersebut? Senang je..anda hanya perlu telan sahaja supplemen Peppermint Ginger Plus Shaklee. Selesai masalah..Info lanjut sila ke LINK ini yer..

shaklee

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan