Perlukah Vitamin atau Suplemen Untuk Kesihatan?

Pernah tak anda sedari atau terfikir adakah makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh badan kita? Dengan kehidupan kita hari ini yang begitu sibuk sepanjang hari menyebabkan hal yang berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.  

Tak dinafikan bahawa ada juga di kalangan kita yang menitik beratkan pemakanan yang berkualiti dan terbaik tetapi tahukah anda sebenarnya kita masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna. Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Tetapi sering juga diabaikan. 


Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah dengan berubah sikap dengan menitik beratkan pengambilan suplemen iaitu vitamin dan mineral yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh. Secara umumnya, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

Sumber: http://pama.karangkraf.com 

Shaklee ada menawarkan produk Multivitamin dan Multimineral yang TERBAIK untuk anda iaitu Vitalea with Iron Formula. Ia merupakan produk Multivitamin dan Multimineral yang PERTAMA dicipta di dunia..Yang penting sekali ia tidak mengandungi bahan-bahan sintetik..semuanya SEMULAJADI..Tapi jangan pula diabaikan pemakanan seimbang seperti keperluan sayuran, buahan, protein dan juga karbohidrat untuk keperluan tubuh kita..




Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan