Apa itu CoQ10 dan Kebaikannya Untuk Kesihatan Jantung?

CoQHealth Plus merupakan produk terbaru dari Shaklee. CoQHealth Plus merupakan supplemen untuk kesihatan jantung yang sihat. Kandungan yang terdapat di dalam CoQHealth Plus ini adalah CoQ10, Vitamin E dan juga ekstrak teh hijau. 
Kandungan yang terdapat dalam CoQHealth Plus
Kebaikan Vitamin E dan juga ekstrak teh hijau sudah kita maklum akan kebaikannya untuk kesihatan jantung kerana dapat menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan pembentukan plak serta dapat membantu pengaliran darah yang bagus dengan menghalang penggumpalan darah. Tetapi apa itu CoQ10? Saya rasa ramai yang tidak tahu mengenai CoQ10 untuk kesihatan jantung ni.

Apa itu CoQ10 yang terdapat dalam CoQHealth Plus Shaklee ni?

CoQ10 atau pun ko-enzim CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengn baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas untuk berfungsi.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh untuk menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi mengekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi meyokong kehidupan.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh badan.  CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.
Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membatu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan renda (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.  Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.


Saya akan terangkan kenapa kita perlukan tambahan CoQ10 ini dengan pengambilan supplemen di entry saya yang seterusnya. Tunggu yer..

Jika anda berminat untuk membuat tempahan jangan segan-segan untuk hubungi saya SEGERA atau mengisi borang order yang telah disediakan yer..nanti saya akan hubungi anda secepat mungkin.



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan