Omega Guard Shaklee: Khasiat dan Kebaikan Untuk Kesihatan Jantung, Fungsi Otak dan Sendi yang Sihat

Apa itu Omega-3?


Omega-3 (EPA & DHA) adalah sejenis asid lemak yang penting yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan supplemen. Asid lemak Omega-3 ini sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Selain itu asid lemak Omega-3 ini dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrient terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, asid lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.

Khasiat dan Kebaikan Omega Guard Shaklee?

 
Omega Guard Shaklee merupakan supplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan Omega Guard Shaklee memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA. Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ia diekstrak dari ikan laut sejuk di perairan negara Jepun. Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, Omega Guard Shaklee dihasilkan menggunakan kaedah Ultra Tulen dan berkualiti tinggi melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.

Kenapa Ikan Laut Dalam digunakan?


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika iaitu pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia mengenai penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza tetapi mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolesterol menghidapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menujukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HAD yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.
Siapa yang perlukan Omega-3 ini? Semua peringkat umur dari 1 tahun dan ke atas..Juga disarankan untuk ibu mengandung dan menyusu.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA, hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan