Cyst? Anda pasti pernah dengar mengenainnya kan? Saya juga pernah dengar sebelum ini. Tapi tak tahu sangat mengenainnya. Jom kita tengok apa itu Ovarian Cysts ini..
Ovarian Cysts adalah nama yang
diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam
atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan
kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang
memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Sumber http://en.wikipedia.org |
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis
Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst
yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan
hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar
dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda
sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan
yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan
wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya.
Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun,
ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala
Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan
sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut
sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala
yang jarang-jarang ialah:
- Sakit perut
- Rasa perut penuh dan tak selesa
- Rasa berat pada ari-ari
- Sukar atau kerap kencing
- Sakit semasa hubungan seks
- Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat
secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj.
Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound,
disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi
dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian
Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran
cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia
selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan.
Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait
rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi
folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu
dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau
sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius,
pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong
untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
Kredit to :http://portal.alamhamil.com
Kredit to :http://portal.alamhamil.com
Secara alternatifnya, kita sebagai wanita boleh mengelak dan cuba untuk merawatinya dengan mengamalkan vitamin/supplemen bg mencegahnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya boleh hubungi saya dengan kaedah yang tertera di bawah ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA,
hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin Online Shop
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan