Mata adalah suatu anugerah Allah yang tidak
ternilai. Ramai di kalangan kita terlupa untuk mengambil berat mengenai
kesihatan mata mereka. Bagaimana untuk menjaga kesihatan mata kita?
Berikut
adalah panduan atau tips penjagaan mata.
- Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
- Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
- Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.
- Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
- Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
- Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
- Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
- Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.
Berikut adalah Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap
kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa
air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar
air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.
Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya
beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun
berjam-jam di depan komputer.
2.
Untuk
menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil
beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai
lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan
biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh,
pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,
tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3.
Amalkan
senaman untuk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu
bersenam juga, caranya:-
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata 'pening'). Kemudian, lajukan proses ini beransur-ansur.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata 'pening'). Kemudian, lajukan proses ini beransur-ansur.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
4.
Amalkan
makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama
lobak & brokoli) dan buah2-buahan (terutama aprikot & anggur) dan lain-lain.
5. Elakkan
melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni.
Macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda.
Shaklee ada Vitamin untuk kesihatan mata anda iaitu Carotomox.
Ia adalah lebih selamat dari Vitamin A kerana pengambilan berlebihan vitamin A
akan menyebabkan toksitisi.
Corotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata
yang sihat, kulit dan membrane mukosa.
Ia bukannya hanya bermanfaat untuk mata
bahkan kandungan Lycopane yang ada di dalamnya bersifat anti-aksidan
yang boleh menghalang penuaan organ dan kandungan Zeaxanthin dapat mengurangkan
risiko kanser payudara, endometrial dan serviks. Kandungan Alpha Carotene dan
Beta Carotene pulah untuk memelihara mata yang sihat, penglihatan malam dan
juga dapat mempertingkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko kanser usus,
payudara dan prostat. Kandungan Astaxanthin pula melindungi kerosakan
oksidasi kolesterol LDL. Manakala kandungan Lutein di dalamnya boleh
menyekat katarak, AMD (age related macular disease/penyakit macular berkaitan
umur) dan glukoma.
Hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitaminonlineshop
Assalam puan.. boleh sy tau adakah caratomax ini sesuai utk anak berumur 7 thn?
BalasPadamBoleh Puan Melati..
PadamAssalamualaikum...kak, macam mana nak pulih kan mata yang kuning? Tolong bantu saya
BalasPadamWslam..Carmita kennedy, mata kuning ni disebabkan beberapa faktor..Dah buat pemeriksaan doktor?
Padam