Cara Mencegah Penyakit Pneumokokus di Kalangan Kanak-Kanak

Apakah itu Penyakit Pneumokokus? 

Ia adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dinamakan Streptococcus Pneumoniae. Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit pneumokokkal yang berlainan menurut jenis jangkitan. 

Streptococcus  pneumoniae masuk masuk ke dalam badan melalui hidung dan mulut. Bakteria ini boleh hidup di dalam hidung dan tekak dan biasanya tidak berbahaya. Bakteria ini dapat disebar semasa bersin, batuk dan dalam jarak yang rapat. 


Daripada hidung dan mulut, bakteria ini boleh tersebar dan menyebabkan jangkitan. 

Meningitis 
Jangkitan pada lapisan perlindungan yang menyelaputi otak dan tulang belakang. 

Pneumonia
Jangkitan paru-paru, radang paru-paru. 


Jangkitan Telinga Tengah
Jangkitan telinga tengah iaitu Otitis Media Akut. 

Septisemia
Jangkitan saluran darah

Apakah Simptom Pneumokokus Meningitis dan Apakah Yang Perlu Anda Lakukan? 

Memerlukan bantuan perubatan dengan segera. 

Simptom bagi bayi termasuk:

  • Hilang Selera Makan
  • Kurang Cergas
  • Muntah
Simptom antara Kanak-Kanak:
  • Leher Tegang
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Sensetif kepada Cahaya
  • Kebingungan
Apakah Simptom Pneumonia dan Apakah Yang Perlu Anda Lakukan? 

Kabak-Kanak mungkin perlu rawatan segera. 

Simptom termasuk:
  • Batuk
  • Demam
  • Seram Sejuk
  • Sakit Kepala
  • Sukar Bernafas
  • Hilang Selera
Apakah Simptom Jangkitan Telinga Tengah dan Apakah Yang Perlu Anda Lakukan? 

Perlu diperiksa oleh doktor dan dapatkan rasatan sepatutnya. 

Simptom termasuk:
  • Sakit Telinga
  • Iritasi
  • Demam
  • Hilang Pendengaran
  • Lelehan Telinga
Jangkitan berulang boleh menyebabkan hilang pendengaran dan menyebabkan 
  • Kelewatan bahasa
  • Masalah tingkahlaku
  • Preatasi Akademik Lemah

Apakah Simptom Septisemia dan Apakah yang Perlu And Lakukan? 

Kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan antibiotik dan cecair intravena. 

Simptom termasuk:
  • Demam
  • Pernafasan Cepat
  • Iritasi
  • Hilang Selera
  • Kurang Cergas
  • Pucat atau Lesu
Bagaimanakah Anda Melindungi Anak Anda daripada Penyakit Pneumokokus? 

Terdapat pelbagai cara untuk melindungi anak anda daripada jangkitan serius ini. 
  1. Tutup mulut semasa batuk dan bersin. 
  2. Kerap mencuci tangan
  3. Penyusuan Susu Ibu
  4. Persekitaran bebas asap
  5. Vaksinasi




SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com:
Pages: Vitamin Online Shop
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan