Fahami Bacaan Kolesterol Ujian Darah Anda

Sebelum anda mengetahui lebih lanjut mengenai bacaan kolesterol dalam ujian darah anda, anda juga perlu fahami bahawa tidak semua kolesterol itu jahat. Badan kita juga memerlukan kolesterol. Lebih kurang 80% kolesterol dihasilkan oleh hati dan 20% kolesterolnya lagi kita akan dapat melalui pemakanan kita.
Bagaimana nak tahu kolesterol kita tinggi atau tidak? Jangan tak tahu yer tak semestinya orang berbandal gempal sahaja berisiko meghadapi kolesterol yang tinggi, bahkan orang yang kurus juga berisiko menghadapi masalah kolesterol yang tinggi. 



Kebiasaanya, gejala kolesterol tinggi ni susah untuk kita kesan. Itulah kadang-kadang tiba-tiba kita terdengar seseorang itu mengalami serangan jantung atau stroke secara tiba-tiba. Ia juga berkaitan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Kita hanya boleh mengetahuinya melalui ujian darah. Justeru itu, kita disarankan untuk membuat pemeriksaaan darah 1 tahun sekali bagi yang telah berusia 30 tahun ke atas.

Fahami Bacaan Kolestrol Ujian Darah


Pentingnya kita mengetahui bacaan kolesterol ini ialah untuk mengetahui adakah kita berisiko untuk menghadapi masalah jantung dan juga stroke.

Perlu anda ketahui bacaan kolesterol yang NORMAL adalah di bawah bacaan 5.2 mmol/L. 

Triglyceride adalah bentuk penyimpanan lemak dalam badan. Berasal daripada lemak yang anda makan atau dibuat oleh badan anda daripada kalori berlebihan yang datang dari pengambilan gula yang berlebihan, karbohidrat yang meningkatkan kelekitan darah anda. Ia juga jenis lemak yg melekat pada bawah sel kulit dan mudah teroksida yang akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada LDL dan HDL yang membebankan salur darah. Bacaan yang tinggi menyebabkan kerosakan pada salur darah. Bacaa ini perlu berada di bawah 1.70mml/L.

High Disenty Lipoprotein (HDL) adalah jenis 'lemak baik'. HDL membawa kolesterol dari arteri kembali ke hati di mana ia menyingkirkan lebihan kolesterol LDL. Semakin tinggi tahap HDL anda semakin banyak kolesterol dapat dihapuskan dari badan. Pendek kata HDL ini berfungsi untuk menjaga dan membersihkan arteri dan pembuluh darah daripada tersumbat/sempit (aterosklerosis) dan mengurangkan risiko daripada serangan jantung. Jadi, bacaan HDL anda perlu tinggi daripada 1.03 dan juga bagi wanita yang belum menopouse bacaannya perlu tinggi berbanding lelaki sekitar 2.0 kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang dapat mengelak daripada penyakit jantung.


Low-density lipoprotein (LDL) adalah 'lemak jahat'. LDL akan membawa kolesterol ke seluruh tubuh yang memerlukannya melalui arteri. Tetapi jika LDL ini terlalu banyak, ia akan melekat dan menimbun pada arteri sehingga menyebabkan terbentunknya plak-plak. Timbunan kolesterol tersebut akan menyumbat saluran pembuluh arteri tersebut yang berisiko untuk diserang penyakit jantung atau stroke.



Jumlah atau nisbah antara kolesterol/HDL adalah pengukur sama ada kita berisiko untuk menghadapi serangan jantung atau tidak. Jadi, bacaannya perlu di bawah 5.0mmol/L.

Dengan penerangan serba sedikit ini dapat membantu anda memahami serba sedikit mengenai bacaan kolesterol ujian darah anda. Bagi mengelakkan masalah kolesterol tinggi atau cara mengatasi masalah kolesterol yang tinggi ini, anda perlu mengetahui punca dan juga mengubah amalan cara hidup anda kepada yang lebih sihat lagi.

Di entry seterusnya saya akan terngkan pula bagaimana untuk kita meningkatkan tahap HDL kita iaitu tahap kolesterol baik supaya dapay merendahkan bacaan LDL dan seterusnya menjadikan anda kurang berisiko untuk menghadapi masalah serangan jantung.

<<10 Cara dan  Tips Meningkatkan Bacaan HDL dan Menurunkan Bacaan LDL>>

Perlukan Supplemen untuk mengatasi masalah kolesterol anda? Saya sedia membantu anda. Anda hanya perlu tunjukkan keputusan ujian darah anda dan saya akan cadangkan beberapa supplemen yang sesuai untuk amalkan serta saya akan berikan TIPS-TIPS berguna untuk diikuti bagi mengatasi masalah kolesterol tinggi. TAPI, tips-tips ini akan diberikan secara EKSKLUSIF setelah pembelian supplemen dengan saya SAHAJA yer..

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan