Daftar Ahli Shaklee

10 Cara atau Tips Untuk Meningkatkan Bacaan HDL dan Menurunkan Bacaan LDL

Pada entry sebelum ni saya terangkan bagaimana untuk kita memahami bacaan kolesterol dalam ujian darah kita. Jadi pada entry kali ini seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi cara untuk anda meningkatkan tahap bacaan HDL dan sekaligus dapat menurunkan tahap bacaan LDL anda.


Seperti yang kita ketahui umum bila tahap HDL kita tinggi makanya secara automatik tahap bacaan LDL kita akan menjadi rendah. Bagi wanita tahap HDL darah sepatutnya tinggi sekitar 2.0mmol/L ke atas berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang dapat mengawal daripada serangan jantung. Jika sudah menopouse risiko untuk mendapat serangan jantung sama dengan lelaki.

Cara untuk meningkatkan bacaan HDL:

1. Makan makanan Seimbang

Ubah pola atau corak pemakanan anda. Kurangkan makan makanan yang berlemak, yang mengandungi karbohidrat yang tinggi, kurangkan kadar pengambilan gula, makanan berminyak dan juga lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.


2. Lemak baik dan Lemak Jahat

Amalkan mengambil makanan yang mengandungi lemak baik seperti ikan salmon, kekacang dan kurangkan atau TIDAK mengambil lemak jahat seperti yang terdapat dalam kek, makanan ringan, makanan diproses dan sebagainya. Ini dapat membantu meningkatkan bacaan HDL dan menurunkan bacaan LDL anda.

3. Merokok

Berhentilah daripada tabiat merokok yang dapat meningkatkan bacaan tahap HDL anda.


4. Alkohol

Berhenti tabiat minum minuman alkohol yang juga dapat meningkatkan tahap LDL dan dapat merosakkan hati.

5. Stress

Elakkan gaya hidup yang tidak sihat seperti stress yang melampau. Stres yang agak melampau dapat meningkatkan tekanan darah dan sekaligus menambahkan risiko aterosklerosis, iaitu terjadinya plak dari kolesterol yang berkumpul di arteri. dan menyebabkan penyempitan pada salur darah tersebut. Ini dapat meningkatkan bacaan LDL anda.

6. Antioksidan

Ambil lah makanan daripada sayuran atau buahan yang tinggi antioksidan. Ini dapat meningkatkan tahap bacaan HDL. 

7. Bersenam

Tahukah anda dengan bersenam 30 minit sehari dapat meningkatkan tahap bacaan HDL anda? Jadi, carilah masa bersenam selalu sekurang-kurangnya 30 minit 1 sessi setiap hari.



8. Menurunkan Berat Badan

Berusahalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Menurut NCEP (National Cholesterol Education Program), berat badan yang berlebihan atau obesiti adalah penyumbang dan penyebab kepada rendahnya kadar kolesterol HDL anda.

9. Pilih Makanan yang meningkatkan bacaan HDL

Pilih makanan ni bermaksud pilihlah makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol HDL seperti bawang putih, makanan dr sumber omega 3 seperti salmon dan tuna, minyak zaitun dan sebagainya. 

10. Supplemen

Selain daripada sayuran dan buahan anda juga boleh mengambil sumber daripada supplemen untuk membantu meningkatkan bacaan HDL iaitu supplemen omega 3, supplemen antioksidan seperti A,C dan E dan sebagainya,. Tapi, perlu diingat haruslah mengambil supplemen yang semulajadi bukan daripada bahan sintetik kerana ini akan meningkatkan risiko lain pula pada kesihatan badan.

Baca Juga: << Pemilihan Vitamin Yang Sesuai Untuk Masalah Kolesterol Tinggi >>

Bagi yang ingin mencari supplemen yang sesuai untuk meningkatkan bacaan HDL dan seterusnya menurunkan bacaan LDL, saya ada beberapa supplemen yang dicadangkan untuk anda amalkan. Boleh hubungi saya di 019-3132413 untuk mendapatkan supplemen tersebut.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK


No comments:

Post a Comment

Daftar Keahlian