Daftar Ahli Shaklee

Shaklee Sokong Israel???

Betul ke Shaklee sokong Israel??Betul ke Shaklee memberi sumbangan dan membantu kepada ekonomi Israel?? Setiap tahun ada musim di mana Shaklee akan dihentam kerana satu sebab sahaja iaitu Shaklee merupakan produk dari USA. Tapi betulkah Shaklee ada hubungan dengan Israel?

Jawapannya tidak sama sekali..Ini telah dijelaskan oleh Shaklee dan Shaklee telah mengeluarkan statement dan pendirian Shaklee sendiri tidak menyokong apa-apa yang berkaitan dengan Israel..

Bermula dengan isu Keneseth Israel (KI) yang sebenarnya adalah seorang Pengedar Shaklee sahaja..Tetapi dianggap sebagai salah satu pertubuhan dari Shaklee yang menyumbang kepada Israel..Baca statement di bawah untuk penjelasan..

Kemudian isu lain pula mengenai sumber yang Shaklee gunakan untuk hasilkan supplemen pula..Juga sudah diterangkan secara terperinci..

Shaklee juga tiada kena mengena atau membuat sumbangan kepada The Elie Wiesel Foundation..

Semua khabar-khabar angin yang menyatakan Shaklee sokong Israel adalah tidak benar sama sekali. Jadi fikir-fikirkanlah..Jangan terus percaya kepada khabar-khabar angin..tetapi siasatlah..Banyak produk USA kat Malaysia ni sebenarnya..Kita boikot hanya produk yang memberi sumbangan atau ada kaitan dengan Israel dan Zionist sahaja..

Di sini saya nak kongsikan kepada anda pengalaman Dr Ustazah Najihah pengalamannya berpeluang
menghadiri 2014 Shaklee Global Conference baru-baru ni. Dr Ustazah Najihah ni salah seorang adik beradik dalam group Shaklee saya..Terharunya saya baca kisah beliau di sana..mereka sungguh hormat kepada kita yang beragama Islam. Jom kita ikuti kisah beliau yang saya ambil dari SINI..

Inilah Mr. Roger Barnett, CEO Shaklee Corporation. Lelaki tersohor di Malaysia akhir-akhir ini, seperti produk-produk keluaran Shaklee juga yang amat popular dan membantu ramai rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dengan izinNya. Pagi tadi Roger mengadakan pertemuan khas dengan delegasi SID dari Malaysia di Hotel Hilton, tempat penginapan sebahagian besar daripada kami. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, kami SID dari Malaysia adalah delegasi teramai yang layak untuk menyertai global conference kali ini.

Ini pun tidak termasuk leaders Shaklee yang memilih trip umrah, jika tidak, pasti lagi ramai yang datang ke sini. Kami mendapat layanan yang cukup istimewa di sini, tempat duduk vvip di sediakan utk kami dalam dewan. Disebabkan majoriti SID Malaysia yang layak join trip US kali ini adalah Muslim (200 orang daripada 295 orang adalah Muslim), maka makanan halal disediakan untuk kami, tempat solat pun di sediakan di tempat konferens. Dan saya dapat berita, dinner para Master malam tadi disediakan makanan halal bagi meraikan dan menghormati para Master dari Malaysia. Memang saya selaku muslim, terasa sangat dihormati di sini, di negara Amerika dan negara orang puteh ini.



Sewaktu naik ke pentas, semua orang besar Shaklee yang berada atas pentas tidak menghulurkan tangan pun untuk bersalam dengan kami SID muslimah, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada tanda hormat. Saya rasa kalau di Malaysia, mungkin adegan sebaliknya akan berlaku. Hari pertama konferens, Mr. Roger mulakan ucapannya di hadapan ribuan SID Shaklee seluruh dunia dengan menceritakan kisah kejayaan Jutawan Shaklee Malaysia iaitu Master Norita Idris & Master Cery MamaFaiz..terpampang gambar kedua-duanya di dalam arena. Juga terpampang gambar bendera Malaysia di sini. Saya ketika itu terasa dada begitu bergetar, menggeletar juga rasa tangan dan kaki..seperti tidak percaya walaupun sebenarnya saya dan kami semua amat bangga sekali. Tepukan gemuruh dari seluruh warga arena, semua mata menghala ke arah deligasi Malaysia apabila Mr. Roger mengumumkan bahawa dalam masa 3 tahun, Master Shariza telah berjaya melahirkan 42 org Master (sedangkan ada diantara SID US, selepas 11 tahun buat bisnes Shaklee br naik rank coordinator – tinggi rank saya lg ye..;)). Dan yang pastinya kesemuanya itu adalah jutawan muslimah. Itu baru di bawah master Shariza, belum lagi master-master yang lahir di bawah master-master muslim yang lain. Cuba kawan-kawan nyatakan di sini, ada tak mana-mana syarikat yang telah berjaya melahirkan jutawan-jutawan muslim dan muslimah dalam tempoh yang singkat begini?


Dan dari apa yg saya tahu, para Master Shaklee ini telah banyak membantu dan memberi sumbangan untuk Islam di Malaysia khasnya. Ada sesetengahnya setiap bulan menyumbang untuk sekolah tahfiz, membina masjid, rumah anak-anak yatim dan sebagainya lagi. Bayaran zakat usah di nilailah.  Adakah perkara baik sebegini pun anda semua tidak menyukainya dan ingin memusnahkannya??? Maaf sebab saya telah hebahkan kebaikan yang telah mereka ini laksanakan. Tap idisebabkan ramai yang menuduh bukan-bukan kepada para leaders Shaklee, sehingga ada yang mengatakan mereka ini gilakan duit, sayangkan bonus yg berjuta-juta sampai tak tahu menilai mana halal mana haram. Ada yang menuduh para SID Shaklee ni terima bonus haram. Siapa anda untuk menghukum sesuatu itu halal atau haram??? Semuanya ini hanyalah berpunca dari sumber-sumber yang diragui kesahihannya. Kalau nak berbicara soal halal haram ni, kehidupan kita sekarang pun penuh dikelilingi dengan perkara-perkara syubhah. Adakah anda yakin bahawa pendapatan anda sekarang tidak terlibat dengan perkara-perkara haram dan syubhah?? Jika tidak, tak usahlah menuduh orang itu begitu dan begini kerana anda “seolah-olah meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri”.


Sejujurnya, saya ingin nyatakan di sini..setelah saya sertai Shaklee baru saya tahu bahawa wujudnya MLM di Malaysia (walaupun HQnya berpangkalan di US) yang amat menitikberatkan soal halal haram, pergantungan kepada Allah, banyak mendekatkan para SID muslim dengan amalan Islam. saya bercakap ini merujuk kepada group Shaklee kami (Euphoria, Jutawan, Ireach, Supermom, OSF dll) dan paling penting shaklee adalah MLM yang patuh Syariah! Silalah buat kajian jika anda tidak percaya! Sehinggakan Shaklee US pun amat menghormati para SID Muslim dr Malaysia. Ini sudah tentunya merupakan sesuatu yang positif juga untuk agama Islam sebanarnya. Dan rata-rata SID dari seluruh dunia yang hadir usglobalconference kali ini amat kagum dengan kami semua. Kalau jumpa je, pasti mereka akan tanya, kamu semua dari Malaysia? Kamu semua memang awesome! Mungkin juga mereka melihat, para master dan leader Shaklee dari Malaysia semunya muda-muda belia sedangkan kebanyakan leader mereka yang naik ke pentas sebahagian besarnya dah berusia sehinggakan ada yang dah bongkok! dan mungkin juga kerana pencapaian hebat Shaklee Malaysia dengan peningkatan sales 300% untuk tahun 2013.


Berbalik kepada Mr. Roger td, ya..beliau memang seorang Yahudi. Tidak semua bangsa Yahudi jahat. Yahudi dan zionis adalah dua entiti yg berbeza. Sepatutnya, zionislah yg patut kita benci. Dan Aqsa Syarif pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan boikot mana-mana Syarikat yang mempunyai bukti yang kukuh bahawa mereka ini telah menyumbang kepada zionis Israel termasuklah sekiranya syarikat itu syarikat orang Islam sekalipun. Sedangkan Shaklee telah menafikan bahawa syarikat ini ada terlibat untuk membiaya zionis Israel. Kepada semua kawan-kawan yang sedap-sedap hati cakap dan suka-suka je share tentang Shaklee ni haram, berhati-hatilah dalam menuturkan kata-kata anda. Dan jangan pandai-pandai mengeluarkan kenyataan bahawa ustaz itu yg ckp haram..ustaz ini yang suruh boikot padahal ustaz itu dan ustaz ini tak pernah keluarkan kenyataan itu.


Jika anda ingin boikot, terserahlah tapi jangan menuduh yang bukan-bukan sehingga sanggup mengeluarkan fatwa bahawa kami semua makan bonus haram. Pihak syarikat sendiri sudah 3 kali mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan semua tuduhan itu. Bahkan dalam ucapan pagi tadi, Mr. Roger sendiri menegaskan di hadapan kami para SID Malaysia bahaw Shaklee tak pernah terlibat dengan semua ini. Shaklee hanya terlibat untuk membantu semua orang untuk hidup lebih sihat tidak kira apa bangsa mahupun agama mereka. Dan saya dapat tahu, Shaklee juga tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan undang2 sekiranya masih ada yang menyebarkan berita-berita tidak benar tentang syarikat dan memburuk-burukkan syarikat. Jadi kepada semua anak-anak shaklee, customer dan kawan-kawan saya di luar sana..saya harap anda semua jelas dengan isu ini. Jika anda masih tidak puas hati, buatlah istikharah mohon petunjuk dari Allah..kerana Dialah sebaik-naik Penolong buat kita dan Dialah juga tempat pergantungan kita. Janganlah disebabkan isu ini kita sesama Islam saling bermusuhan. Dan fikir dulu sebelum melakukan sesuatu, jangan main share je apa yang anda tak pasti. Semoga coretan ini sedikit sebayak dapat menjelaskan kekeliruan anda semua. Wallahua’lam bissawab..semoga Allah merahmati kita semua..


Coretan dari hati;

Sr. Coordinator Najihah Abdul Mutalib.
Hotel Hilton, Long Beach, LA California.

No comments:

Post a Comment

Daftar Keahlian