Makanan Penyebab Kanser / Barah

Adakah anda sedar bahawa makanan seharian anda mungkin penyebab kepada kanser / barah? Adakah diet seharian anda betul dan anda betul-betul tidak mengambil makanan penyebab kanser ini? Makanan penyebab kanser ini selalunya terdiri daripada makanan yang tinggi gula, karbohidrat yang diproses, mempunyai bahan pengawet dan perasa yang berlebihan. Mari kita tengok makanan yang meningkatkan risiko penyebab kepada kanser...

1. Microwave Popcorn
Snek yang mudah, cepat dan lazat memang pilihan kita apatah lagi dijadikan hidangan untuk  bersantai-santai untuk menonton tv. Tapi tahukah anda beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen iaitu asid perfluorooctanoik (PFOA) yang boleh menyebabkan kanser. Bahan kimia yang mewujudkan rasa mentega yang terdapat dalam popcorn itu juga boleh menyebabkan kanser.



2. Produk Bukan Organik
Sayur-sayuran dan juga buah-buahan sekarang kebanyakannya disembur dengan racun perosak yang dikaitkan dengan kanser. Penanaman yang tidak menggunakan kaedah organik akan menggunakan baja toksik dan disuntik hormon untuk membuatkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi lebih besar. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dicuci dengan bersih sebelum dimakan, tetapi risiko tetap ada kerana tidak semua bahan-bahan kimia tersebut dapat dikeluarkan.

3. Tomato dalam Tin
Lycopene iaitu nutrien yang ada dalam tomato dapat mengurangkan risiko kanser, tetapi manfaat daripada nutrien tersebut tidak dapat diperolehi kerana lapisan tin tomato tersebut mengandungi bahan kimia yang mengganggu aktiviti hormon dalam badan dan boleh menyebabkan risiko kepada kanser. Jadi, cari tomato yang diletakkan dalam balang kaca atau buatlah sendiri supaya lagi segar dan selamat.


4. Daging Proses
Daging yang diproses  mengandungi bahan pengawet untuk membantu daging tersebut agar kekal segar. Tetapi, bahan tersebut boleh menyebabkan kanser. Jadi, dapatkan daging yang segar yang tidak diproses demi kesihatan anda.


5. Salmon yang diternak

Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.


6. Potato Chips / Kerepek Kentang
Makanan ringan seperti potato chips ni memang sedap dimakan. Tetapi, aditif makanan boleh mendatangkan penyakit dan boleh menaikkan berat badan seseorang kerana tahap kandungan natrium yang tinggi, asid lemak trans yang berbahaya kepada kesihatan juga bahan pengawet dan perasa tiruan. Satu lagi risikonya ialah kehadiran acrymalide, iaitu karsinogen yang diketahui terdapat dalam rokok yang boleh menyebabkan risiko kepada kanser



7. Minyak Hydrogenated

Minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

8. Tepung Putih
Tepung putih ni telah diletakkan bahan kimia iaitu bahan peluntur untuk menghasilkan tepung yang bewarna putih. Jika diambil secara berterusan akan menyebabkan risiko keapada kanser.



9. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik GMO boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Banyak produk sekarang seperti soya, jagung dan sebagainya dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Jadi, elakkan daripada makanan GMO dan carilah makanan organik dan non-GMO.


10. Gula
Gula halus adalah penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel-sel kanser. Makanan sel kanser adalah gula. Jadi, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Carilah alternatif yang lebih selamat untuk kesihatan.

11. Minuman Ringan
Minuman ringan atau soda boleh memudaratkan kesihatan. Soda penuh dengan kalori, gula dan bahan-bahan tiruan, dan mempunyai SIFAR manfaat pemakanan. Satu tin soda mengandungi kira-kira sepuluh paket gula. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya minum dua soda seminggu hampir dua kali ganda boleh menyebabkan risiko kanser pankreas. 



12. Makanan atau Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.


13. Alkohol
Penggunaan alkohol adalah punca kedua terjadinya kanser selepas rokok. Walaupun penggunaan sederhana atau rendah alkohol yang diamalkan oleh sesetengah golongan untuk menjadi sihat dan membawa kepada penurunan risiko penyakit jantung, minum dengan kadar yang berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung, strok, dan kematian secara tiba-tiba. Penggunaan alkohol yang berlebihan adalah punca terbesar kanser mulut, esofagus, hati, kolon, mulut, rektum dan payudara.

Untuk kita elakkan makanan seperti makanan yang disenaraikan di atas kadang-kadang agak sukar contohnya tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan juga produk-produk GMO begitu banyak di pasaran hari ini. susah untuk dapatkan tanaman yang betul-betul segar dari ladang. Jadi, secara alternatifnya, kita perlukan supplemen antioksidan yang boleh melawan sel-sel luar biasa dalam badan kita.

Jadi, untuk itu saya cadangkan Vitamin E, Vitamin C dan juga Carotomax (Vitamin A )..Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu dititik beratkan juga agar ia seimbang dengan keperluan badan.


SUPPLEMEN ANTIOKSIDAN
Vitamin Antioksidan (ACE)
Selain daripada 3 jenis supplemen antioksidan di atas, supplemen antioksidan yang saya syorkan adalah VIVIX. VIVIX merawat terus hingga ke sel-sel kita. Jadi, bagi mereka yang belum atau telah menghidapi kanser, boleh mencuba supplemen VIVIX ini..Testimoni mengenai Kanser dan Vivix boleh KLIK DI SINI.

Untuk mendapatkan produk tersebut boleh menghubungi saya dan pengambilan secara COD iaitu cash on delivery adalah sekitar Gombak..



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Pages: Vitamin Online Shop

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan