Tentu anda selalu berasa letih, lesu dan lemah selepas seharian
bekerja ataupun selepas melakukan aktivit yang panjang seharian. Perkara ini
adalah biasa dan normal kepada tubuh badan kita menandakan badan kita
memberikan isyarat supaya berehat dan tidur secukupnya. Tetapi andainya masalah
ini berlarutan walaupun telah mendapat rehat secukupnya, anda perlu tahu apakah
penyebabnya dan jalan untuk atasi masalah letih, lesu dan lemah ni.
Sebelum itu kita lihat dulu apakah antara punca anda berasa letih,
lemah dan lesu ini adalah kerana:
Kurang Tidur
Secara umumnya, orang dewasa memerlukan tidur yamg mencukupi
dalam sekitar 7 hingga ke 8 jam. Anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya
bagi mengelakkan keletihan sepanjang hari. Kurangnya waktu tidur juga boleh
menjejaskan kesihatan anda.
Diet Pemakanan yang Tidak Seimbang
Diet dari pemakanan yang seimbang dapat membantu menjaga kadar
gula dalam darah. Kekurangan paras gula dalam darah juga boleh menyebabkan anda
berasa letih, lemah dan lesu. Pemakanan harus dijaga supaya cukup kandungan zat
dan nutrisi bagi menjamin kesihatan yang baik.
Anemia
Anemia adalah berpunca daripada kekurangan zat besi. Penyebab
utama keletihan bagi kaum wanita adalah anemia. Zat besi ini boleh berkurangan
ketika wanita di dalam keadaan period / haid. Mengeluarkan darah semasa
mensruasi boleh menyebabkan kekurangan zat besi
Stress
Stress juga punca kepada masalah letih, lesu dan lemah. Stress
juga boleh mengakibatkan gangguan kepada masalah kesihatan anda seperti sakit
kepala dan hilang selera makan.
Hypothyroidism
Tiroid adalah kelenjar kecil di pangkal leher anda. Organ ini
berfungsi mengendalikan metabolisme tubuh dan mengatur kecepatan tubuh mengubah
makanan menjadi tenaga. Ketika kelenjar ini tidak berfungsi dengan baik dan
fungsi-fungsi metabolisme dalam tubuh berjalan dengan perlahan.
Pengambilan kafein secara berlebihan
Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan tekanan darah,
denyut jantung meningkat, kejang dan sebagainya.
Diabetes
Penghidap diabetes umumnya memiliki kadar gula darah yang tinggi,
tetapi gula dalam darah ini tetap berada dalam aliran darah dan tidak masuk ke
dalam sel-sel sehingga tidak dapat diubah menjadi tenaga. Dan ini akan
menyebabkan mereka kekurangan tenaga walaupun makan dengan kadar secukupnya.
Dehidrasi atau Kurang air
Keletihan boleh berlaku jika anda dehidrasi iaitu kekurangan air
dalam badan. Anda perlu mengambil air secukupnya sekitar 2 hingga 3 liter
sehari. Anda boleh mengetahui sama ada air yang anda ambil mencukupi atau tidak
dengan melihat kepada air urin anda
Kehamilan
Kehamilan juga membawa kepada punca letih, lesu dan tidak
bertenaga kerana ketidakseimbangan hormone ketika kehamilan.
Toksin dalam badan tinggi
Toksin dalam badan tinggi
Pengumpulan toksin di dalam badan juga boleh menyebabkan anda berasa letih, lemah dan lesu.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil dos ubatan yang tinggi sehari-hari boleh menyebabkan badan anda berasa lemah, letih dan lesu juga.
Mengambil dos ubatan yang tinggi sehari-hari boleh menyebabkan badan anda berasa lemah, letih dan lesu juga.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah letih, lemah dan lesu
ini dengan menggunakan produk Shaklee? Saya syorkan pada anda:
Vitalea
with Iron Formula
Bcomplex
with Folic Asid
Vitamin
C
ESP
Performance
Alfalfa
Alfalfa
Perlu ambil semua ke? Bergantung kepada permasalahan anda. Apakah punca kepada badan anda berasa letih, lesu dan lemah.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk,
hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
BalasPadamArtikel yang menarik. Badan juga boleh kerap berasa lesu disebabkan oleh faktor hormon. Ramai yang terlepas pandang mengenai faktor ini. Ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal merupakan antara punca badan lesu. Tidak dinafikan pengambilan vitamin seperti Vitalea, Coenzyme Q10 dan B Complex juga boleh membantu untuk merawat masalah keletihan.
Terima Kasih Doktor atas komennya. Betul juga..hormon pun salah satu penyebabnya..
Padam