Ada yang pernah dengar perkataan Benzoyl Peroksida ni ada yang tak pernah dengar. Tahukan anda bahawasanya Benzoyl Peroksida ini digunakan untuk meutihkan tepung. Haaa mesti tak tahu kan? Pegi check tepung gandum yang anda beli. Syarikat yang menggunakan bahan ini wajib mengishtiharkannya pada produk mereka. Cuma tanggungjawap kita sekarang untuk belek dan juga sama anda nak beli atau tidak..
Menggunakan bahan Benzoyl Peroksida ni dalam jangka masa yang lama boleh menjejaskan kesihatan anda.
Apa itu Benzoyl Peroksida? Saya ambil dr sumber DI SINI..
- sejenis bahan peluntur/pemutih dan agen pembasmi kuman yang terdapat dalam bahan pencuci am.
- juga bahan utama dalam merawat jerawat (acne) – bunuh kuman penyebab jerawat.
- secara kimia, terdiri dari 2 kumpulan benzoyl yang disatukan dengan ikatan peroksida.
- digunakan ketika pemprosen tepung (terutamanya tepung gandum) kerana ia mempercepatkan proses penyingkiran gluten dari biji gandum.
- kajian pada tahun 1977 – 76% subjek yang diuji mendapat sensitif (sensitized) terhadap benzoyl perokside (Leyden and Kligman).
- kajian pada tahun 1981 menyimpulkan potensi kesan carcinogenic (agen kanser) oleh benzoyl peroxide, dan menasihatkan agar penggunaannya haruslah dikawal (Slaga et al.)
Dalam pemakanan kita seharian, kita perlulah mengambil berat juga apa makanan yang kita makan dan adakah ia baik untuk kesihatan kita terutama dalam jangka masa yang panjang. Pilihlah makanan yang 'sihat' dan elakkan makanan yang mengandungi bahan kimia yang akan menjejaskan kesihatan kita dalam tempoh masa yang panjang. Anda yang menentukannya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan