G6PD : Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee

Apakah produk Berpantang dan juga Set Penyusuan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai anak yang mempunyai penyakit G6PD? Sebelum itu mari kita tgk apa itu G6PD.

Apa itu G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. 

Gejala atau Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat dari kurang darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat dari hemolisis 
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  • warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
  • Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
  • Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Hemolisis akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.


Ibu-ibu yang menyusu anak yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan atau ubat-ubatan yang memberi kesan negatif kepada anak anda yang mengalami G6PD.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku. Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang dan mendapati anak anda mengalami penyakit G6PD ini, tentu rungsing apakah set berpantang yang sesuai untuk masalah ini. Jangan bimbang, vitamin Shaklee mempunyai rangkaian vitamin yang sesuai untuk masalah ini. 

Set Berpantang untuk Anak G6PD ini terdiri daripada Vitalea + BComplex + Vita C dan Zinc.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pula boleh meneruskan pengambilan vitamin tersebut dan hanya tambah Ostematrix untuk alternatif sebagai milk booster untuk set penyusuan yang anak ada G6PD.

Testimoni customer


Tiada ulasan:

Catat Ulasan