Vitamin Untuk HB DARAH Rendah / Anemia

Hemoglobin (HB) adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Gejala HB rendah ni amat popular di kalangan ibu hamil dan ia adalah satu perkara yang perlu diambil berat oleh ibu-ibu hamil kerana masalah HB rendah ini dapat memberikan kesan yang negative kepada ibu hamil dan juga anak dalam kandungan. HB rendah ini juga dikaitkan dengan masalah anemia. Ukuran normal bagi HB darah adalah sekitar 12g/100ml. 

HB rendah akan membuatkan seseorang ibu hamil itu menjadi lemah. Jika tidak diatasi masalah HB rendah di kalangan ibu hamil akan meningkatkan risiko seperti kelahiran pramatang dan juga berisiko kepada ibu hamil semasa proses melahirkan anak nanti.

Apakah Punca kepada masalah HB rendah atau anemia ni di kalangan ibu hamil?

  • Kekurangan zat besi.
  • Kurang Vitamin C
  • Kurang vitamin B12 dan juga Asid Folik
  • Masalah tiroid atau talasemia

Antara pemakanan yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil ialah digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang dapat membentuk sel-sel darah merah seperti hati, daging merah, kacang-kacang, sayuran berwarna hijau, kuning telur dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C untuk penyerapan iron yang sempurna.

Selain itu, anda boleh mengamalkan vitamin Shaklee untuk mengatasi masalah HB rendah atau anemia ni. Antara Vitamin yang dicadangkan adalah:

Vitalea with Iron Formula

B-Complex
Vitamin C



Untuk membuat tempahan dan keterangan lanjut mengenai produk, boleh hubungi saya:-

call/sms/whatsapp: 019-3132413
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kenapa ESP Shaklee Digemari Ramai

ESP (Energizing Soy Protein) merupakan salah satu produk Shaklee yang paling laris dan digemari ramai. ESP Shaklee ni juga selalu je kehabisan stok dek kerana ramai yang sukakannya dan menyedari bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. Jadi, mari kita tengok Kenapa ESP Shaklee digemari ramai.

ESP SHAKLEE

  1. Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  2. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  3. Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  4. ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk yang ada dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusiaIa turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  5. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur sama ada muda mahupun tua.
  6. Sangat sesuai juga kepada Pengidap Kencing Manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.
  7. 1 Hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Ia juga amat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet.



Khasiat dan Kelebihan ESP Shaklee
  
Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones dan fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. ia membantu merendahkan kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiance kulit dan kepejalan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Kepentingan Protein dalam Kehidupan

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta kompenan utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Jadi, apa tunggu lagi anda di luar sana. Banyak sebenarnya Khasiat ESP Shaklee ni untuk kesihatan anda tak kira untuk ibu menyusu, mengandung, untuk kesuburan malah banyak lagi untuk kesihatan anda. Inilah Kenapa ESP Shaklee digemari ramai sekarang..



Untuk membuat tempahan boleh hubungi saya:-
Call/SMS/WhatsApp: 019-3132413

Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  




Stress antara Punca Sukar Hamil dan Ketidaksuburan

PUNCA SUKAR HAMILTahukah anda bahawa jika seseorang itu berada dalam keadaan stress, tertekan atau berada dalam tekanan mental, emosi serta fizikal akan membuatkan kesihatan seseorang yang mengalami masalah ini terjejas. Bahkan boleh menyebabkan berlakunya masalah kesuburan baik lelaki mahupun wanita.

Stress kadang-kadang terjadi tanpa kita sedari yang kita sebenarnya berada di bawah tekanan atau ketegangan seperti di jalan raya, situasi yang sesak dan sebagainya. Malah stress juga datang dari masalah di pejabat ataupun juga di rumah. Tetapi, tidak semua stress yang kita alami memberikan kesan buruk kepada kita jika kita pandai mengatasi dan juga mengawal stress tersebut dengan berfikir secara positif.

Bagaimana stress boleh mengganggu kepada kesuburan jika tidak ditangani?

  1. Stress boleh melemahkan tenaga batin atau syahwat baik lelaki mahupun wanita. Masalah yang teruk akan menyebabkan gejala mati pucuk dikalangan lelaki dan vaginismus bagi wanita yang membawa ketidakmampuan untuk melakukan persetubuhan khususnya ketika isteri sedang subur.
  2. Stress akan mengurangkan bilangan benih dan kekuatan pergerakan pada benih lelaki.
  3. Stress boleh mengganggu hormon subur wanita, yang membawa kepada akibat tiada penetasan telur iaitu ovulasi
  4. Saluran fallopio boleh menjadi kuncup dan mencegah benih suami sampai kepada telur isteri.
  5. Menggangu imbangan hormon wanita dan menyebabkan kegagalan embrio untuk melekat dan membenam kedinding rahim



Bagaimana Cara Untuk kita Mengatasi Stress?


  1. Sentiasa Berzikir mengingati Allah atau meditation bagi anda yang bukan beragama Islam
  2. Banyakkan membaca al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah
  3. Pernafasan selama 5 minit. Jika anda berasa stress pada waktu berkerja, berhenti sekejap duduk tegak. Sedut nafas melalui hidung perlahan-lahan dan hembuskan keluar melalui mulut perlahan-lahan. Ulang  langkah ini sehingga anda berasa lega dan segar semula
  4. Cari kawan dan ajak berbual seketika untuk membuang rasa stress tersebut. Bergaul dengan orang ramai dan berbicarlah mengenai topik yang boleh menyebabkan anda ketawa.
  5. Basahkan tuala dengan air suam panas dan letakkan dibelakang leher selama 10 minit. 
  6. Amalkan supplemen yang boleh menengkan fikiran anda dan boleh mengawal stress 
  7. Beriadah agar fikiran dan badan anda berasa segar dan sentiasa berfikiran positif


Jika anda dapat mengawal stress anda, InsyaAllah anda telah menguraikan salah satu penyebab kepada ketidaksuburan dan juga sukar hamil. Mengawal stress amat penting dalam memastikan kesuburan seseorang itu tidak kira lelaki atau wanita. Jadi sentiasalah berfikiran positif selalu ya.

B-Complex Shaklee

Mengandungi 8 jenis vitamin B, asid folik dan juga biotin yang diperlukan oleh badan anda dalam mengatasi masalah stress dan sukar hamil. Lagi berkaitan Kebaikan B Complex Shaklee DI SINI.

STRESS PUNCA SUKAR HAMIL



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Punca Keguguran Di Awal Kehamilan

Keguguran di kalangan wanita sering berlaku pada awal kehamilan lagi iaitu sekitar 12 minggu pertama kehamilan. Kadang kala wanita tersebut tidak sedar yang mereka mengalami keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif. Jika didapati air kencing itu positif, 1 daripada 5 kehamilan akan mengalami keguguran.

Apakah sebenarnya punca terjadinya keguguran lebih-lebih lagi di awal kehamilan? Kebanyakkan keguguran yang terjadi tidak dapat dielakkan kerana ianya terjadi dengan sendirinya. Walaupun begitu, terdapat juga sebab-sebab dan juga punca kepada keguguran tersebut iaitu:-

KROMOSOM YANG TIDAK NORMAL.


Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Ketidaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketidaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut iaitu kecacatan pada kromosom. Apabila telur dan sperma bertemu dan berlaku ketidaknormalan pada kromosom tersebut, maka ini yang akan menyebabkan keguguran berlaku.


KECACATAN PADA SISTEM PERANAKAN
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil "cervical incompetence" juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang. 

MASALAH KETUMBUHAN PADA SISTEM PERANAKAN
Masalah ketumbuhan pada rahim anda seperti cyst, fibroid dan juga endometriosis adalah punca kepada berlakunya keguguran. Anda perlu mendapatkan rawatan dan juga membuang ketumbuhan yang ada pada sistem peranakan anda itu bagi anda yang ingin hamil lagi.

(PCOS) SINDROM OVARI POLISISTIK
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

JANGKITAN KUMAN

Jangkitan daripada viru seperti toksoplasmosis, rubella, CMV (cytomegalovirus) dan HSV (herpes simpleks virus). Jika ibu hamil mengalami jangkitan ini, janin akan tumbuh secara tidak normal dan akan menyebabkan berlakunya keguguran. Kuma toxoplasmosisini boleh didapati daripada bulu kucing.

PENYAKIT YANG DIHIDAPI
Jika anda mengalami masalah darah tinggi, kencing manis, tiroid, SLE dan sebagainya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk hamil. Anda juga perlu mendapatkan rawatan dengan mengawal penyakit tersebut daripada menjadi punca kepada keguguran. 

GAYA HIDUP DAN JUGA PERSEKITARAN
Persekitaran kerja anda yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya juga punca kepada masalah terjadinya keguguran juga. Gaya hidup yang tidak sihat juga membolehkan anda mengalami masalah keguguran kerana punca daripada makanan yang tidak seimbang dan tidak cukup keperluan nutrien dalam badan. Elakkan daripada terlalu stress dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayakan kandungan anda.

Jika anda pernah mengalami keguguran kali pertama, jangan risau, anda hanya perlu mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut. Jika tidak tahu anda boleh menukarkan amalan gaya hidup yang sihat dan juga mengamalkan makanan tambahan iaitu supplemen yang boleh memberikan kesihatan dan kecergasan pada badan anda untuk cuba hamil lagi. 

Shaklee, mempunyai rangkaian makanan tambahan ataupun supplemen yang boleh diamalkan oleh anda jika anda telah keguguran dan ingin menukarkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengambil supplemen yang mengandungi antioksidan bagi mengelakkan daripada radiasi yang boleh menyebabkan masalah keguguran juga. Mengamalkan supplemen yang asas seperti Vitalea, BComplex dan juga Vitamin C boleh mencukupkan keperluan nutrien dalam badan anda.

VITAMIN ASAS UNTUK KESIHATAN





Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad