Amalan berpantang amat dititikberatkan
oleh orang tua-tua dan juga amalan ini masih berterusan sehinggalah sekarang.
Ramai juga di kalangan ibu moden sekarang masih menitikberatkan amalan
berpantang ini dan tidak kurang juga yang mengambil lewa amalan berpantang
ini..
Kenapa kita perlu berpantang?
Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy
(sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu,
kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan
merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara
keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan
menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang
kepada amalan berpantang.
Penjagaan dari segi pemakanan adalah
sangat penting semasa tempoh wanita berpantang selepas bersalin. Ini
adalah untuk memastikan si ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk
pemulihan, dan juga perlu mengelakkan makanan yang boleh memberi mudarat
seperti makanan yang sejuk yang boleh menyebabkan angin dalam badan, atau
makanan yang gatal atau tajam.
Jika dilihat dalam masyarakat Melayu
dahulu, ibu yang berpantang hanya menjamah nasi berlaukkan ikan kering, ikan
bakar berkunyit atau ikan bilis dengan lada hitam sahaja dan juga dilarang
untuk minum air banyak. Amalan ini tidaklah membantu mempercepatkan pemulihan
si ibu, tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan antaranya tekanan darah
rendah dan sebagainya. Bagi ibu yang menyusukan anak, keperluan nutrient dan
zat amat penting dalam tumbesaran bayi seperti protein, kalsium dan vitamin B
complex. Ibu yang menyusu akan mengalami situasi di mana susu mereka
kurang dan merudum akibat pemakanan yang tidak mengandungi diet yang seimbang.
Jadi, dari segi pemakanan semasa berpantang para ibu perlu memastikan diet
makanan yang seimbang cukup segala zat di samping mengelakkan makanan-makanan
yang boleh memudaratkan anda.
Antara makanan-makanan yang boleh
diambil semasa berpantang adalah:-
Makanan yang kaya dengan kandungan protein
seperti ikan (yang tidak berbisa), daging dan ayam. Sesetengah orang
mengamalkan ayam kampung atau hitam untuk mengelakkan daripada gatal.
Antara kategori ikan yang boleh
dimakan ialah ikan tenggiri, bawal putih, salmon, haruan, siakap, ikan merah,
kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak dan ikan bilis.
Sayur-sayurann pula adalah dari
kategori yang tidak sejuk dan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu
seperti sayur sawi, lobak putih, bok choy, lobak merah dan bawang merah. Ulam-ulaman
pula seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, daun cemumar,
daun pudina dan daun kari.
Kategori buah-buahan pula adalah
kurma, epal dan pear.
Sementara itu, makanan yang perlu
dielakkan semasa berpantang adalah:
Makanan laut seperti udang, sotong,
kerang, ketam dan sesetengah ikan yang bersifat gatal seperti ikan duri,
tongkol, sembilang dan ikan pari.
Sayur-sayur yang menjalar dan
bersifat angin seperti kangkung, taugeh, pucuk ubi, labu, timun, keladi, pucuk
paku, kacang panjang, petola, terung, petai dan jering.
Buah-buahan yang bersifat sejuk atau
tajam seperti kelapa muda, mangga, durian belanda, nenas, jambu, belimbing,
cempedak, nangka dan sebagainya.
Pastikan ibu dalam pantang tidak
mengabaikan jadual pemakanan supaya badan tidak masuk angin. Makan sedikit tapi
kerap adalah lebih baik bagi mengelakkan angin atau gastrik semasa berpantang.
Cara ini juga secara tidak lansung memberi manfaat kepada si ibu untuk
menurunkan berat badan semasa berpantang. Pastikan ibu berpantang mengambil air
secukupnya 2-3 liter sehari.
*Petua-petua dan amalan berpantang
di atas adalah sebagai panduan dan mungkin berbeza mengikut kepada amalan
tradisi dan kepercayaan keluarga masing-masing.
Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin semasa dalam pantang dan juga vitamin ibu menyusu boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah..
Ingin mengetahui persolaan-persoalan Berpantang Selepas Keguguran? Klik DI SINI.
Ingin mengetahui persolaan-persoalan Berpantang Selepas Keguguran? Klik DI SINI.
Set Bersalin Shaklee |
Vitamin untuk Ibu Menyusu |
Saya adalah pengedar Shaklee kawasan Gombak dan sekitarnya. COD boleh dibuat sekitar kawasan Gombak dan sekitarnya, UIA, Taman Greenwood, Sentul Pasar, Maju Junction (Kuala Lumpur).
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan