Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang
susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang
boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.
1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10
hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon
prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia
tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India
turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang
dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi,
betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan
banyak lagi.
3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan
harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba.
Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian
simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.
Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti
halba.
4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada
pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari.
Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan
tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti
susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya
meningkatkan penghasilan susu,
5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama,
anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi
masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar
daripada jururawat, doKtor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi
yang berkesan.
sumber: pama.karangkraf.com
Selain daripada
anda mengikuti petua seperti di atas, anda juga boleh mengamalkan
supplemen yang boleh menolong dalam menambahkan susu badan dari Shaklee.
Anda boleh membuat pilihan sesuai dengan keadaan dan situasi anda serta budget.
*klik pada gmbr utk lebih jelas..
Untuk keterangan lanjut mengenai produk
dan, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan