Healing Crisis Setelah Pengambilan Supplemen Shaklee

Saya pernah ditanya oleh customer mengenai Healing Crisis. Ada juga di antara customer saya yang mengalami proses Healing Crisis ini. Saya pun turut mengalaminya juga. Ada yang menyedarinya dan mungkin ada juga yang tidak sedarinya sebab Healing Crisis ini berbeza-beza mengikut individu.. 

Kenapa Healing Crisis Berlaku?
Apabila anda mengambil supplemen, badan kita akan mula menyesuaikan diri untuk menerima supplemen. Simptom-simptom  yang dihadapi kadang-kadang kelihatan seperti penyakit yang mana kita semua akan jadi risau dan membuatkan kita memberhentikan pengambilan suplemen. Tetapi sebenarnya ia adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, maka berlakunya healing crisis.

Dalam jangka masa penyesuaian ini, kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah anda lalui dahulu akan muncul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari saja. Walaubagaimanapun, ada juga yang memerlukan masa yang lebih lama disebabkan badan yang lemah.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh toksin yang telah lama menimbun dalam tubuh kita seperti sisa-sisa makanan berkimia, lemak, bahan pengawet dan ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik atau ubat-ubatan.
Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ dalaman kita.

Semasa proses penyingkiran toksin (detox), badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan anda rasa tidak selesa. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan atau healing crisis ini. Pada waktu ini, ada kemungkinan anda akan berasa pening, kelesuan, mengantuk, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa badan panas, berpeluh dan sebagainya. Simptom-simptom healing crisis yang dialami  berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu sahaja tetapi bergantung kepada tahap toksin yang berada dalam badan seseorang individu. 

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 

Proses Healing Crisis ini adalah satu petanda bahawa badan anda telah berinteraksi dengan supplemen yang diambil dan merupakan petanda yang baik kerana supplemen yang anda ambil benar-benar berkesan untuk anda.

Oleh itu, bagi mengatasi healing crisis ini, anda perlu banyak minum  air masak atau bersih, sekurang-kurangnya 2 liter hingga 3 liter sehari. Pastikan anda mendapat  rehat yang secukupnya.

Jika supplemen yang anda ambil tidak memberi sebarang kesan kepada anda, seeloknya anda perlu mengambil supplemen yang boleh detox badan anda dari toksin sebelum mengambil apa-apa suplemen yang lain kerana jika toksin banyak berkumpul dalam badan dan tidak dikeluarkan, ia akan menghalang penyerapan nutrient ke dalam badan anda.


Antara Penyebab Berlakunya Healing Crisis adalah:

KRISIS PENYEMBUHAN


Untuk keterangan lanjut mengenai produk Shaklee hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  


1 ulasan:

  1. Bestnya cerita tentang healing crisis akibat pengambilan suplemen nie.

    tq Anis.

    BalasPadam