Kepentingan Vitamin Ibu Menyusu

Rata-rata pada zaman sekarang ramai ibu-ibu di luar sana telah mengetahui dan memahami betapa pentingnya susu ibu kepada anak mereka. Ramai yang telah mengambil inisiatif untuk menyusukan anak mereka walaupun ibu-ibu sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Seboleh-bolehnya mereka berazam untuk menyusukan anak mereka sehingga berumur 2 tahun.

Di sini saya nak kongsikan ayat al-Quran yang mengandungi saranan menyusukan anak sehingga umur 2 tahun:

Surah al-Baqarah ayat 233:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”  

Tidaklah wajib jika tidak sampai umur 2 tahun, tapi bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Lagipun, susu ibu mempunyai banyak khasiatnya yang tidak kita ketahui.

Kebiasaannya, ibu menyusu tidak akan mengalami masalah pada awal penyusuan kerana secara semulajadinya susu ibu banyak terhasil. Tetapi pada 3 bulan dan 6 bulan seterusnya kita akan mengalami masalah susu merudum secara tiba-tiba walaupun kita masih menyusukan anak secara eksklusif. Ini mungkin disebabkan faktor pemakanan, datang haid ataupun stress dengan bebanan kerja seharian terutama bagi ibu-ibu yang bekerjaya. 

Di sinilah pentingnya vitamin ibu yang menyusu kerana ia mengandungi nutrient-nutrien penting yang perlu oleh tubuh badan kita berbanding ubat-ubatan yang boleh memperbanyakkan susu badan tetapi mempunyai kesan yang buruk terhadap tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.

Kepentingan vitamin ibu menyusu ini ialah ia dapat menyokong tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrient-nutrien yang diperlukan oleh tubuh yang mungkin tidak terdapat dalam pengambilan makanan kita seharian atau musnah akibat proses penyediaan makanan tersebut atau mungkin pengambilan kafein yang menghalang nutrient-nutrien tersebut diserap oleh tubuh dan banyak lagi.

Dengan mengambil vitamin ibu menyusu ini dapat memberikan tenaga kepada ibu-ibu menyusu dan juga membantu tambah susu badan anda dalam meneruskan usaha memberikan khasiat susu ibu kepada anak sehingga mencapai umur 2 tahun. Apabila badan kita sihat, bertenaga dan tidak stress dengan bebanan kerja seharian, ibu menyusu dapat menghasilkan susu dengan banyak diikuti dengan penyusuan dan sesi mengepam yang kerap. 

Antara vitamin yang asas untuk ibu yang menyusukan anak ialah:

VITAMIN_IBU_MENYUSUVitalea Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
Vitamin ini penting kerana ia membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dan juga zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan si ibu berasa pening atau pitam. 

Vitamin B-Complex
Vitamin ini membekalkan kesemua vitamin B aiaitu B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 yang diperlukan oleh badan termasuklah asid folik dan biotin. Vitamin B ini juga dikenali sebagai vitamin anti stress kerana ia memastikan kesihatan fungsi saraf. 

Vitamin C
Vitamin C ini penting diambil oleh ibu yang sedang hamil kerana ia dapat membantu dalam peningkatan sistem imun badan. Selain itu, vitamin C merangsang pembentukan kolagen yang dapat menjadikan kulit anda dan anak anda cerah dan cantik.

Alfafa
Alfafa terkenal sebagai ‘milk booster’. Alfafa juga mempunyai 1001 khasiat. Antara khasiatnya dapat melegakan sakit sendi dan belakang dan juga dapar menghilangkan kelesuan dan tekanan. Ia juga dapat membuang angin dalam badan. Ini penting untuk ibu dan anak juga supaya tidak kembung.

Selain itu, ibu-ibu yang menyusu juga boleh menambah vitamin/supplemen lain yang turut dapat membantu ibu menyusu mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu

ESP
Komposisi vitamin yang utama dalam susu ibu ialah protein. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium dan Vitamin D)
Kalsium amat penting bagi ibu menyusu untuk membekalkan kalsium yang secukupnya kepada anak untuk membina tulang dan gigi yang sihat. Bahkan ibu itu sendiri perlukan kalsium untuk menampung keperluan dirinya dan juga anak. Risiko bagi ibu menyusu untuk mendapatkan osteoporosis adalah tinggi jika kalsium dalam badan tidak mencukupi. Ibu yang menyusu juga akan mengalami masalah susu merudum jika kedatangan haid kerana kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Jom kita pastikan walaupun kita menyusukan anak sepenuhnya, kesihatan kita tidak terjejas dan sentiasa bertenaga dan berseri-seri sepanjang hari. Itu yang pentingnya kita mengambil vitamin untuk ibu-ibu yang menyusu.



Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA, hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan